Skip to main content

PU Riz, Nurul Izzah Santuni Penduduk PPR, Edar Juadah Berbuka & Galak Hafazan Al Quran

Astro Gempak pu riz izzah

Sekilas

  • PU Riz turun padang di PPR Ampang Hilir untuk agihkan juadah berbuka puasa dan berkongsi ilmu agama dalam program kemasyarakatan.
  • Beliau mengadakan aktiviti hafazan Al Quran dengan ganjaran wang tunai bagi menggalakkan masyarakat dekat dengan Al Quran.
  • Program itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dan mendapat sambutan hangat dari penduduk setempat.

Pendakwah selebriti, PU Riz turun padang menyantuni masyarakat di Perumahan Rakyat (PPR) Ampang Hilir dengan mengagihkan juadah berbuka puasa serta berkongsi ilmu agama dalam satu program kemasyarakatan yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian video di Instagram, PU Riz dilihat mengedarkan makanan kepada penduduk setempat sebagai sebahagian daripada usaha mendekati masyarakat sepanjang bulan Ramadan.

Tidak sekadar berkongsi rezeki, suami kepada usahawan terkenal Neelofa itu turut mengambil peluang berdakwah secara santai bersama penduduk dengan mengadakan aktiviti menyambung bacaan ayat suci daripada surah surah lazim.

Aktiviti tersebut mendapat sambutan hangat daripada penduduk termasuk kanak kanak dan warga emas yang tidak melepaskan peluang menyertai sesi hafazan itu.

Bagi menambahkan lagi semangat peserta, PU Riz turut memberikan ganjaran wang tunai kepada mereka yang berjaya menyambung ayat ayat Al Quran dengan betul.

Menurutnya, pendekatan tersebut bertujuan menggalakkan masyarakat agar lebih dekat dengan Al Quran dalam kehidupan seharian.

“Kita mahu masyarakat bukan sahaja melihat Al-Quran sebagai naskah di rak, tetapi sebagai sesuatu yang hidup dalam sanubari.

"Dengan memberi ganjaran tunai kepada mereka yang berjaya menyambung ayat, ia merupakan satu bentuk galakan dan penghargaan atas usaha mereka menjaga hafalan," katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

 

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang sama sama turun padang beramah mesra dengan penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Dalam masa yang sama, PU Riz yang juga Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR meluahkan rasa bangga dan terharu melihat sambutan masyarakat terhadap aktiviti tersebut.

Beliau turut berkongsi rasa sayu apabila melihat kanak kanak serta warga emas di kawasan PPR itu mampu melantunkan bacaan Al Quran dengan begitu baik.

Program tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk berkongsi juadah berbuka puasa, malah menjadi platform untuk mendekatkan mereka dengan Al Quran dalam suasana santai dan penuh kebersamaan.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement