Skip to main content

Selebriti

Punya Jutaan Pengikut Tapi Suka Memilih & Moody ? Ini Teguran Raja Atiq - "Kita Semua Datang Untuk..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Raja Atiq menegaskan dia suka bergaul dengan semua orang di set penggambaran tanpa mengira status atau populariti.
  • Dia menegaskan kehadirannya di lokasi kerja adalah untuk mencari rezeki, bukan melayan ego atau kerenah yang tidak wajar.
  • Atiq mengingatkan supaya semua orang kekal rendah diri, saling menghormati, dan fokus pada kerja tanpa bermain permainan status.

Pelakon, Raja Atiq memaklumkan bahawa dirinya suka bergaul dengan semua orang tanpa mengira soal status dan populariti di set penggambaran.

Menerusi perkongsian di Threads, kehadirannya di lokasi berkenaan hanyalah untuk mencari rezeki dan bukanlah untuk melayan ego serta kerenah manusia yang tidak wajar.

"Sejujurnya, aku tak kisah kalau kau rasa kau seorang bintang, ada jutaan pengikut, ramai peminat atau apa sahaja status yang kau bawa. 

"Aku datang set untuk bekerja dan bergaul dengan semua orang, bukan untuk melayan ego sesiapa," tulisnya.

Dalam masa sama, dia turut berpesan agar sentiasa merendah diri dan tidak terlalu mengikut perasaan sendiri ketika sedang bekerja.

"Jangan bersikap terlalu memilih, moody atau tiba-tiba susah didekati macam kau itu sangat eksklusif untuk nak cakap hi. 

"Kita semua berada di sini untuk bekerja, bukannya bermain permainan status.

"Kekalkan sikap rendah diri dan saling menghormati. Selain daripada itu, semuanya hanyalah tenaga yang tidak perlu.

Bagaimanapun, Atiq memaklumkan bahawa perkongsian berkenaan hanyalah teguran secara umum yang disampaikan secara terbuka.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement