Skip to main content

Viral

Qadejah Ibarat ‘Kak Ros Upin Ipin’, Shahida Kongsi Video Ragam Anak-Anak - “Apa Jua Perbalahan Wajib…”

ASTROGEMPAK Qadejah

Sekilas

  • Datin Seri Nur Shahida berkongsi video gelagat anak-anaknya yang sering bergaduh kecil tetapi cepat berbaik semula.
  • Anak lelakinya, Yusoff, sering terlibat dalam perselisihan manakala Qadejah bertindak sebagai penyelesai masalah seperti watak Kak Ros dalam Upin Ipin.
  • Shahida menegaskan setiap pergaduhan diselesaikan dengan cara baik dan permintaan maaf wajib dilakukan, mendapat pujian netizen atas cara didikan mereka.
Advertisement

Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mencuri perhatian apabila berkongsi video memaparkan gelagat serta ragam anak-anaknya yang tidak pernah sunyi daripada usik-mengusik dan bergaduh kecil.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida berkata pergaduhan antara adik-beradik adalah perkara biasa dalam keluarga mereka, malah anak lelakinya, Yusoff, sering menjadi individu yang terlibat dalam setiap perselisihan.

 

“Macam ni la korang ragam anak-anak. Kejap gaduh kejap berbaik. Kejap Baem bergaduh dengan Yusoff, kadang tu Raudah bergaduh dengan Yusoff. 

 

“Dalam apa jua situasi perbalahan Yusoff mesti terlibat😂. Biasa gaduh kecil kecil ni Qadejah yang akan uruskan. Bak kata Yusoff, Qadejah ni ibarat Kak Ros dalam cerita Upin Ipin,” kongsinya. 

 

Dalam masa sama, Shahida menegaskan setiap perselisihan yang berlaku dalam kalangan anak-anaknya akan diselesaikan dengan cara yang baik.

 

“Tapi dalam apa jua perbalahan wajib kena minta maaf dan berbaik,” katanya lagi. 

 

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang terhibur melihat telatah anak-anak Shahida, selain memuji cara dia mendidik mereka terutama Qadejah. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement