Skip to main content

Viral

Qadejah ‘Spill’ Rakaman Ammar Ahyan Menyanyi di Karaoke - "Macam Suara..."

ASTROGEMPAK Qadejah Amayyan

Sekilas

  • Qadejah El Zahra berkongsi rakaman suara abangnya, Ammar Ahyan atau Amayyan, menyanyi di pusat karaoke yang dikatakan mirip suara Datuk Jamal Abdillah.
  • Amayyan lebih suka menyanyi secara peribadi dan tidak gemar berkongsi nyanyiannya di media sosial.
  • Netizen terhibur dengan gelagat dua beradik ini dan mengaitkan bakat nyanyian Amayyan dengan ibunya, Datin Seri Nur Shahida, bekas penyanyi.
Advertisement

Pempengaruh, Qadejah El Zahra berkongsi rakaman yang memperdengarkan suara abangnya iaitu Ammar Ahyan sedang menyanyi di sebuah pusat karaoke. 

 

Advertisement

Malah Qadejah berkata suara Ammar Ahyan atau mesra disapa sebagai Amayyan sama seperti penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah. 

 

“Encik Aidid tak pernah dengar suara Amayyan kan, nak dengar tak? Sedap… saya ada video dekat karaoke. Macam suara Jamal Abdillah,” katanya. 

 

Qadejah berkongsi perkara itu menerusi video dia dan Amayyan menjadi tetamu podcast AididitMyWay. 

 

Amayyan bagaimanapun memberitahu dia tidak gemar untuk menyanyi di laman sosial dan lebih memilih untuk berkaraoke sendirian. 

 

“Satu jela, kat sosial media saya tak suka menyanyi. Tapi kat betul-betul, saya suka menyanyi sorang-sorang saja,” ujarnya. 

 

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua beradik itu dan menganggap bakat nyanyian Amayyan daripada ibunya, Datin Seri Nur Shahida yang juga sebelum ini seorang penyanyi. 

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement