#GempakSpot: Selain Remy Ishak, Ini Perkahwinan Selebriti Yang Bikin Peminat Patah Hati
Maliah Surip
22/08/2021 13:45 MYT
22/08/2021 13:45 MYT
Aktor Remy Ishak umum kahwin. Beragam reaksi dari patah hati sehingga fantasi yang tak sedan ditulis sebagai 'jagalah ex boyfriend' saya baik baik; yang dipesan kepada isteri Remy, Ezza Yusof.
Lagi sporting bila Hero Idaman Malaya ini pun layankan saja ragam para peminatnya.
"Sejak dua hari lepas banyak betul message dari kawan-kawan dan family yang forward video seperti ini.
"Saya tahu mereka semua adalah peminat & penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya, tapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya," begitu respon Remy.
Tapi satu yang saya salute dengan Remy adalah betapa matangnya beliau melayari percintaannya bersama ahli perniagaan tersebut. Tak terlalu kecoh, tup tap selamat nikah.
Kalau tahun 2021 ini Remy Ishak membuat banyak peminat patah hati saat melangsungkan pernikahan, ini antara barisan selebriti kita yang juga pernah membuat peminat 'bersedih' kerana tidak menjadi pilihan, namun dalam masa sama bahagia melihat bintang pujaan berkahwin.
Datuk Yusry Abdul Halim & Datin Lisa Surihani
Tell me, siapa yang tak patah hati apabila salah seorang anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim memilih menikah kali kedua dengan bintang pujaan ramai si manis Datin Lisa Surihani.
'Beribu ribu lemon' peminat perempuan patah hati dan cemburu dengan Lisa Surihani. Tak kurang juga, ramai peminat lelaki secara terang terangan bergurau dalam media sosial sedia melepaskan aktres tersebut ke tangan lelaki hebat seperti Yusry.
Pasangan yang menjalani hubungan cinta dengan sangat low profile ini selamat bernikah pada Februari 2012 sewaktu Lisa berusia 26, manakala Yusry, 39 tahun.
Kini pasangan yang sangat disayangi ramai ini sudah dikurniai tiga cahayamata. Mereka adalah Yahaira Leanne, 6 tahun, Yusof Leonne, 4 tahun dan Yunos Laith yang lahir pada Jun lalu.
Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa
Perkahwinan epik dalam dunia hiburan mungkin masih lagi dipegang oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
Pasangan yang telah dikurniakan dua cahaya mata yang diperoleh selepas 10 tahun pernikahan baru menyambut ulang tahun ke 15 perkahwinan pada 21 Ogos (semalam).
Ibunda kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang lahir pada April lalu ini disunting usahawan tersebut dalam suasana pernikahan yang turut diraikan oleh para peminatnya dari Brunei, Indonesia dan Singapura.
Malah Siti menciptakan sebuah lagu khas sempena pernikahan mereka iaitu Cahaya Cinta.
Fattah Amin & Fazura
Satu lagi pasangan sama padan dan sama cantik yang membuat bukan sahaja peminat lelaki, tetapi perempuan juga berduka cita apabila 'buah hati pengarang jantung' mereka bernikah.
Fattah Amin dan Fazura pertama kali digosipkan menjalin hubungan istimewa selepas terbabit dalam drama Hero Seorang Cinderella.
Sepanjang hubungan asmara yang cuba dirahsiakan itu, peminat antaranya pernah dapat menghidu Fattah memberi 500 kuntum mawar buat Fazura.
Pasangan yang dikenali dengan tagar #Fattzura itu bernikah pada November 2017 dan kini memiliki seorang cahayamata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Mira Filzah & Wan Emir
Nur Amirah Filzah Badiozaman atau nama sebenarnya, Mira Filzah juga membuat ramai lelaki kecewa apabila disunting sang suami, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar tahun lalu.
Berhari hari jugalah media sosial heboh dengan pelbagai status dan troll yang dilakukan oleh netizen sempena patah hati dengan perkahwinan Mira Filzah.
Namun semuanya terpaksa akur kerana lelaki yang menjadi pendamping hidup aktres berusia 27 tahun tersebut bukan calan calang. Jadi patah hati ke, kecewa ke, merana ke, tanggunglah sendiri ya. Tak guna mengenang kerana Mira Filzah yang masih belum dikurniai cahayamata tetap bahagia hidup bersama Wan Emir.
Instagram: @remyishak, @ctdk, @mfmirafilzah, @missfazura, @lisasurihani