Skip to main content

Ratu Balqis Pernah Alami Kemurungan, Imbau Kisah Terpaksa Berpisah Dengan Anak Selepas Cerai - “Setiap Kali Ingat Mata Mesti Bengkak...”

dfvvdf

Sekilas

  • Penyanyi Ratu Balqis berkongsi pengalaman kemurungan selepas berpisah dengan anak sulungnya susulan perceraian pada tahun 2020.
  • Beliau menghadapi cabaran jarak jauh kerana anaknya tinggal di Kemaman manakala dia di Kuala Lumpur, menyebabkan rindu yang mendalam dan tekanan emosi.
  • Ratu Balqis mula bertemu semula dengan anaknya ketika berusia setahun dan kini anaknya sudah memasuki darjah dua.
Advertisement

Penyanyi Ratu Balqis mengimbau detik gelap dalam hidupnya apabila mengakui pernah mengalami kemurungan selepas berpisah dengan anak sulungnya susulan perceraian pada tahun 2020.

Menurut Balqis, perjalanan hidupnya sebagai ibu selepas perceraian bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila terpaksa berdepan perpisahan dengan anak yang ketika itu masih kecil.

Advertisement
frefd

“Ramai nak tahu kisah anak pertama saya. Saya bercerai pada tahun 2020, ketika itu bayi saya baru berusia enam bulan. Nak jumpa dia sangat susah,” tulisnya.

Tambahnya, jarak dan kekangan situasi ketika itu memberi kesan besar terhadap emosi sehingga dia mengalami tekanan perasaan akibat terlalu merindukan anaknya.

“Sempatlah saya kemurungan seorang diri sebab rindu anak. Macam-macam saya buat supaya tak fikir pasal dia, tapi setiap kali ingat sahaja, mata mesti bengkak,” katanya.

Bagaimanapun, penyanyi itu bersyukur kerana keadaan beransur pulih apabila dia mula bertemu semula dengan anaknya ketika berusia setahun walaupun berdepan cabaran jarak jauh.

“Alhamdulillah, dah lapan tahun berlalu. Anak saya dah masuk darjah dua sekarang. Saya mula jumpa dia masa umur setahun, itu pun susah. Saya di Kuala Lumpur, dia di Kemaman,” jelasnya.

Dalam perkongsian sama, penyanyi itu turut memuat naik foto anaknya ketika baru dilahirkan. 

Untuk rekod, Ratu Balqis pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Hakimi Ikmal pada November 2017. 

Namun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama dua tahun sebelum mereka membawa haluan masing-masing.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Hamka Iman.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Must Watch Video

Advertisement