Skip to main content

“Raya Boleh Meriah, Tapi Berpada-Pada”

Astro Gempak csr

Sekilas

  • LM Tree Corporate menganjurkan majlis berbuka puasa bersama 56 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Nur Hati sebagai sebahagian daripada inisiatif CSR mereka.
  • Selain berbuka, anak-anak yatim menerima bantuan barangan keperluan termasuk pakaian raya hasil kerjasama dengan Jakel, Giant, dan beberapa PKS.
  • LM Tree menekankan pentingnya berbelanja berhemah menjelang Aidilfitri dan menjalankan pelbagai program CSR sepanjang tahun, bukan hanya semasa Ramadan.
Advertisement

Kegembiraan jelas terpancar di wajah 56 anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Nur Hati apabila diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran LM Tree Corporate Sdn Bhd, baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kehangatan itu bukan sahaja memberi peluang kepada anak-anak yatim merasai kemeriahan Ramadan, malah menjadi ruang untuk mereka menikmati persiapan menjelang Aidilfitri bersama komuniti yang prihatin.

Advertisement

Eksekutif Pengarah LM Tree Corporate Sdn Bhd, Muhammad Sufian Aziz, berkata program tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Alhamdulillah, program hari ini adalah salah satu inisiatif CSR kami. Selain beriftar bersama, kita juga mahu mewujudkan suasana kekeluargaan dan mengeratkan ukhuwah bersama anak-anak yatim,” katanya.

Menurutnya, selain berbuka puasa bersama, anak-anak yatim turut menerima bantuan barangan keperluan termasuk pakaian raya hasil kerjasama beberapa pihak.

“Kali pertama kita berkolaborasi dengan Jakel dan kali pertama juga dengan Giant serta beberapa PKS lain yang turut sama menyumbang. Tapi ia bukan sumbangan dari pihak kami sahaja kerana kami bukan NGO, sumbangan ini disalurkan terus kepada Pertubuhan Kebajikan Nur Hati,” katanya.

Tambah beliau, program tersebut turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk peniaga kecil dan sederhana serta individu yang tampil membantu menjayakan inisiatif kebajikan berkenaan.

Dalam pada itu, Sufian turut mengambil kesempatan untuk mengingatkan orang ramai supaya berbelanja secara berhemah menjelang sambutan Aidilfitri.

“Untuk raya ya betul kita nak bila perayaan kita nak all out kita nak raya sakan tapi tolong apa-apa pun berjimat cermat berpada-pada. Cukup sekadar sambut dengan perayaan ini tidak terlampau berlebih-lebih sampai akhirnya selepas raya menyeksa diri kita balik.

“Maksudnya ada kadar asalkan meriah. Dan yang penting sebab sekarang pun kita dengar lambakan dengan fesyen dan barang-barang yang terlampau in semua. Jadi adalah lebih baik berjimat cermat berpada-pada sebab kehidupan selepas raya itu yang lagi penting sebenarnya,” katanya.

Menurut beliau lagi, walaupun Ramadan sering menjadi waktu utama untuk program kebajikan, LM Tree Corporate sebenarnya menjalankan pelbagai inisiatif CSR sepanjang tahun.

“Tidak, kita tak tumpu kepada bulan Ramadan sahaja. Untuk bulan Ramadan ini sebab 10 malam terakhir kita pun tahu hujung-hujung Ramadan ini kita ambil kesempatan juga untuk memburu 10 malam terakhir ini.

“Tapi selepas Ramadan sebenarnya banyak lagi program CSR kita ada dengan sekolah, dari segi kelab sukan sekolah semua kita ada juga,” katanya.

Sufian turut merakamkan penghargaan kepada pihak media yang membantu menyebarkan maklumat mengenai program tersebut supaya lebih ramai pihak tampil menyokong usaha kebajikan yang dijalankan.

“Terima kasih juga kepada rakan media kerana kita mohon dekat media untuk turut serta sebab kita mohon untuk sama-sama tolong hebahkan supaya bantuan itu dapat disalurkan dan teruskan kebajikan pusat Pertubuhan Kebajikan Nur Hati ini,” katanya.

Melalui program seperti ini, LM Tree Corporate berharap lebih banyak pihak tampil bersama membantu golongan yang memerlukan, sekali gus memastikan anak-anak yatim terus mendapat perhatian dan sokongan masyarakat.

Anda mungkin berminat dengan

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

BUM Equipment ChromaStep Slip-On Lightweight Comfort Sport Clog Strap Sandals-Black/Green/Beige/Grey

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

Must Watch Video

Advertisement