Skip to main content

Rancangan Realiti

Reen Rahim Puji Talk To My Manager 2, Minta Orang Ramai Henti Mentaliti ‘Aku Makan Garam Dulu’ - “Jangan Pandang Rendah Pada Gen Z”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Reen Rahim menyeru orang ramai supaya tidak mewarisi cara didikan lama yang boleh mematahkan semangat peserta baru dalam industri hiburan.
  • Reen menegaskan golongan muda memerlukan bimbingan, sokongan, dan peluang untuk berkembang, bukan kritikan yang negatif.
  • Beliau memuji generasi Gen Z sebagai bijak, kreatif, dan cepat belajar, serta menekankan pentingnya memberi mereka ruang dan kepercayaan.

Pelakon Reen Rahim menyeru orang ramai agar tidak lagi mewarisi cara didikan lama terhadap peserta program Talk To My Manager 2 yang baru mula mencipta nama dalam industri hiburan.

Menerusi perkongsian di Threads, Reen berpendapat golongan muda ketika ini lebih memerlukan bimbingan, sokongan dan peluang untuk berkembang, bukanlah kritikan yang boleh mematahkan semangat mereka.

“Berhenti turunkan trauma, ego dan cara didik lama yang asyik cakap ‘aku makan garam dulu’. Dunia dah berubah. Kalau masih nak kawal semua benda, sila jadi dinosaur.

“Budak-budak ini bukan lemah, mereka cuma perlu kasih sayang, disiplin, sokongan dan orang yang percaya dengan potensi diorang,” tulisnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Town Mall itu turut memuji generasi muda khususnya Gen Z yang disifatkan bijak, kreatif dan pantas mempelajari perkara baharu.

“Jangan pandang rendah pada Gen Z. Mereka ini bijak, kreatif, cepat tangkap benda baru.

“Kadang mereka bukan tak boleh, cuma tak pernah diberi peluang, kepercayaan dan ruang untuk mereka membesar. Bagus gila program ini,” ujarnya lagi.


TTMM2 menampilkan 10 barisan pengurus artis termasuklah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah program realiti ini juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement