Skip to main content

Reviu Trailer Mojoku Hilang: Siapa Culik Mojo? Naskhah Romantik Komedi Jadi Taruhan

Copy of bakar isteri

Sekilas

  • Filem 'Mojoku Hilang' menggabungkan elemen komedi, romantik dan misteri dengan latar kampung di Perlis yang dekat dengan kehidupan masyarakat.
  • Adipati Dolken membawa watak Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula seekor lembu bernama Mojo, sambil terjalin kisah cinta dengan Maya lakonan Mimi Lana.
  • Filem ini menawarkan pilihan genre romantik komedi yang segar dan ringan, bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai dengan sambutan positif dari netizen.
Advertisement

Sebaik sahaja melihat tajuk filem ‘Mojoku Hilang’, perkara pertama yang terlintas di fikiran penulis ialah filem ini mungkin hanya berkisar tentang kehilangan seekor lembu. Namun, selepas menonton trailer, tanggapan itu terus berubah.

Di sebalik tajuk yang nampak ringkas, Mojoku Hilang sebenarnya menyelitkan pelbagai elemen seperti komedi, romantik dan misteri yang membuatkan penonton ingin tahu apa yang akan berlaku seterusnya.

Advertisement

Dengan latar belakang sebuah kampung di Perlis, filem ini turut memaparkan suasana kampung yang cukup dekat dengan kehidupan masyarakat. Pemandangan yang tenang dipadankan dengan dialog yang santai membuatkan trailer terasa ringan dan mudah diikuti.

Penampilan Adipati Dolken menjadi tarikan utama trailer ini. Dengan membawa watak sebagai Adi, pelakon Indonesia itu dilihat bertutur dalam bahasa Melayu dan berjaya menimbulkan persoalan tentang karakter yang dibawanya. 

Sepanjang trailer, penonton diberi gambaran mengenai Adi, namun itu sudah cukup untuk menimbulkan tanda tanya sama ada dia benar-benar hadir dengan niat yang baik atau sebaliknya.

Selain timbul persoalan siapakah dalang di sebalik kehilangan Mojo, trailer turut memberi ruang kepada kisah romantik antara Adi dan Maya lakonan Mimi Lana. Walaupun ini merupakan gandingan pertama mereka, keserasian itu sudah mula kelihatan menerusi beberapa babak yang dipaparkan.

Menariknya, Mojoku Hilang hadir ketika pawagam dipenuhi dengan filem seram dan aksi. Justeru, genre romantik komedi yang dibawa memberi satu pilihan baharu kepada penonton yang mahukan hiburan ringan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Trailer filem ini turut mendapat sambutan positif daripada netizen yang rata-rata menyifatkan jalan ceritanya nampak segar selain memuji gabungan pelakon.

“Fresh betul. Lama tak tengok cerita macam ini.

“Barisan pelakon memang terbaik.

“Ingatkan cerita cari lembu saja, rupanya ada kisah cinta sekali. Terus rasa nak tengok,” komen netizen.

Filem ini mengisahkan Adi (Adipati Dolken) menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat. Namun, rancangan itu mula berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Secara keseluruhannya, trailer Mojoku Hilang berjaya membuatkan penonton ingin membeli tiket tanpa mendedahkan keseluruhan cerita. 

Jika filem ini mampu mengekalkan momentum yang sama, Mojoku Hilang mungkin boleh menjadi antara filem romantik komedi tempatan yang mencuri perhatian tahun ini.

Filem terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw dan Mocha Chai Laboratories And Argo Films yang dibintangi Adipati Dolken, Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman dan ramai lagi bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must Watch Video

Advertisement