All Together Now 2021
50 Orang Juri, Seorang Pengacara...Semuanya Dalam All Together Now Malaysia
Sejarah baru dalam industri hiburan tanah air bakal tercipta!
Satu pertandingan nyanyian akan menemui anda tidak lama lagi dan yang menariknya, ia menampilkan format yang sangat berbeza berbanding pertandingan lain di negara kita.
All Together Now yang popular di lebih 15 buah negera sebelum ini kini di Malaysia!
Program ini akan dikendalikan oleh hos popular Sherry Alhadad dan menampilkan kapten juri Datuk AC Mizal bersama 49 lagi juri lain!
Kapten atau ketua juri akan memainkan peranan penting sekiranya ada markah seri dalam kalangan peserta.
Sudah tentu ramai yang teruja menantikan pertandingan ini, mark your calendar now guys!
All Together Now Malaysia akan mula bersiaran pada 6 Jun 2021, setiap Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria & Astro Go!
Siapakah 49 orang juri yang terlibat? Sama-sama kita nantikan!