All Together Now 2021

Ada Peserta Hilang Kerja Disebabkan Pandemik, Atlet Bola Jaring & Macam-Macam Lagi, Ini Recap Konsert Minggu Pertama ATNMY!

Asraf Aided
13/09/2021
05:10 MYT
Sponsor Banner
Ada Peserta Hilang Kerja Disebabkan Pandemik, Atlet Bola Jaring & Macam-Macam Lagi, Ini Recap Konsert Minggu Pertama ATNMY!
Konsert mingguan All Together Now Malaysia (ATNMY) telah membuka tirai malam tadi.
Dalam episod malam tadi, Ajoi Zainal mendapat markah penuh sebanyak 100 yang sekaligus melayakkannya mara ke konsert final.
Sementara rezeki memihak kepada Najua P Ramlee dalam pusingan sing off bersama Ayla apabila dia memperoleh markah yang lebih tinggi bagi menemani Ajoi ke final.
Di sini, Gempak imbas kembali markah beberapa peserta dan sedikit info latar belakang mengenai mereka.
Black - 72 Markah
Black merupakan peserta pertama yang membuka persembahan malam tadi. Black telah kehilangan pekerjaan akibat pandemik yang melanda.
Selain itu, Black juga pernah dilamar untuk menjadi vokalis kumpulan rock tetapi terpaksa ditolak atas sebab-sebab tertentu.
Nur Fariha - 26 Markah
Fariha merupakan atlet bola jaring dan menang pingat emas dalam Sea Games 2017
Zaki Yamani - 42 Markah
Zaki merupakan anak kepada penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dan baru berusia 15 tahun
Rizarofiq - 92 Markah
Peserta cilik ini menggamatkan suasana, baru berusia 13 tahun dan amat meminati genre rock kapak.
Rizarofiq juga pernah terlibat dalam program Tom Tom Bak sebelum ini.
Shazriq - 84 Markah
Shazriq sebelum ini pernah viral tetapi namanya semakin dilupakan. Pemuda ini pernah viral menyanyikan lagu Berhenti Berharap dengan penuh emosi.
Najua P Ramlee - 98 Markah
Najua merupakan cucu kepada lagenda seni negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan mahu menjadi seorang anak seni yang versatil seperti arwah datuknya itu.
Chan Ming Hui - 40 Markah
Seorang guru muzik di sekolah swasta dan pernah menyertai Top 16 Astro Guest 2013.
Farhan Farizwan - 6 Markah
Farhan yang berusia 24 tahun adalah seorang guru tusyen yang mengajar kanak-kanak.
Jason Jeeves - 32 Markah
Jason merupakan satu-satunya peserta India dalam episod malam tadi, dia merupakan seorang Jurutera Kimia dan mampu beraksi di pentas ATNMY.
Bella - 14 Markah
Bella merupakan seorang penyanyi demo, biasa bekerja di belakang tabir menyanyikan lagu untuk artis-artis baru.
Lazarul - 96 Markah
Lazarul mempunyai pengalaman selalu terlibat menjadi penyanyi suara latar sebelum ini.
Adam Malek - 84 Markah
Adam adalah artis rakaman Monkey Bone dan sudah mempunyai single sendiri iaitu Fall, Cuba Lagi dan Lara.
Zeera Azizi - 16 Markah
Zeera merupakan Top 12 Dewi Remaja 2019 dan seorang bekas pramugari. Dia juga kehilangan pekerjaan ekoran pandemik COVID-19.
Ariff Ridhwan - 84 Markah
Ariff merupakan seorang pemandu E-hailing dan sangat pemalu. Dia menyertai ATNMY sekadar suka-suka ketika menghantar penumpang ke lokasi pertandingan dan baru tahu mengenai program ini.
Ameer - 74 Markah
Ameer berusia 24 tahun dan merupakan seorang usahawan. Meminati muzik sejak kecil, banyak belajar di YouTube.
Ajoi Zainal - 100 Markah
Peserta pertama yang berjaya membuatkan semua juri bangun untuk persembahannya. Ajoi menyanyikan lagu Someone You Loved dan sangat terharu selepas menerima markah penuh.
Ayla - 96 Markah
Ayla mendapat markah seri dengan Lazarul. Ketua juri, Dato' AC Mizal telah membuat keputusan untuk memilih Ayla dan terpaksa menyingkirkan Lazarul.
Ayla merupakan seorang konsultan motivasi dan aktif dalam perbadanan bukan kerajaan (NGO).
Effkay - 78 Markah
Duo yang dianggotai Anom dan Farra ini merupakan adik beradik. Dua-duanya anggota dalam unit beruniform dan aktif dalam pancaragam.
Farra adalah kakak yang juga seorang anggota JPAM, Anom pula adik yang merupakan seorang anggota polis.
Apapun, Gempak mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai ATNMY dengan pelbagai latar belakang dan kisah yang mencetus inspirasi, ada juga yang menyentuh hati.
ATNMY disiarkan pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar