All Together Now 2021

ATNMY: Giliran Persembahan Awal Buat Eryn Tertekan? Nasib Baik Dapat Juga Markah Tertinggi!

Asraf Aided
06/10/2021
06:23 MYT
Sponsor Banner
ATNMY: Giliran Persembahan Awal Buat Eryn Tertekan? Nasib Baik Dapat Juga Markah Tertinggi!
Pemenang konsert minggu keempat All Together Now Malaysia (ATNMY), Eryn Gani akui giliran persembahannya membuatkan dia berasa gentar untuk bersaing dengan peserta lain.
Menurut Eryn, perkara itu sedikit sebanyak memberi tekanan, bagaimanapun dia bersyukur kerana berjaya mendapat markah tertinggi (96) dari pihak juri.
"Sebenarnya saya tak sangka akan dapat markah paling tinggi sebab giliran saya terlalu awal iaitu yang keempat daripada 24 peserta.
"Mula-mula memang susah saya nak target markah sebab bimbang dengan peserta lain selepas saya, perkara itu agak memberi tekanan, memang mencabar tapi saya hanya lakukan yang terbaik,
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya, saya dapat juga markah tertinggi," katanya kepada Gempak.
Tambah Eryn, dia tidak mahu cepat selesa selepas meraih kejayaan itu kerana bakal berentap di konsert final pula selepas ini.
"Saya tak boleh rasa selesa, sebab masih ada peringkat seterusnya untuk konsert final nanti.
"Dari segi persediaan konsert minggu keempat, Alhamdulillah, ada banyak masa juga, Insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik selepas ini," katanya lagi.
Apapun, tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah menyertai ATNMY yang hadir dengan pelbagai latar belakang dan kisah yang mencetus inspirasi, malah ada juga yang menyentuh hati.
Untuk makluman, promo dan program ATNMY dirakam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP telah dipatuhi dan penjarakan fizikal tetap dijaga.
Saksikan ATNMY pada setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk menonton video dan info menarik, anda boleh melayari www.gempak.com.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar