All Together Now 2021
ATNMY: Sedar Genre Klasikal Bukan Satu Kebiasaan Di Malaysia, Idris Brown; "Saya Beranikan Diri Saja"
Pemenang konsert All Together Now Malaysia (ATNMY) minggu kesembilan, Idris Brown akui gembira kerana semua juri menyukai persembahannya seperti yang disiarkan malam Ahad.
Menurut Idris, dia memberanikan diri mempertaruhkan lagu klasikal Bahasa Itali berjudul O Sole Mio meskipun menyedari genre sebegitu bukanlah satu kebiasaan di Malaysia.
"Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada para juri keran sudi bangun dan memberikan markah penuh kepada saya.
"Kita tahu, di Malaysia sebelum ini sudah biasa dengan genre pop, rock dan balada, tapi saya beranikan diri cuba genre muzik klasikal.
"Alhamdulillah, persembahan saya diterima baik, saya sangat terharu dan tak sangka akan dapat markah seratus peratus," katanya kepada Gempak.
Tambah Idris, dia sentiasa meluangkan masa setiap minggu untuk berlatih menyanyikan lagu klasikal yang dipersembahkan di ATNMY baru-baru ini.
"Saya selalu meluangkan masa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menyanyi lagu klasikal dan sebutan bahasa asing dengan betul.
"Selain menyebut dengan betul, kita juga perlu faham maksud liriknya barulah boleh jiwai sebaik mungkin," tambah Idris yang berhasrat untuk bergiat aktif dalam industri hiburan selepas ini.
Jangan lupa saksikan konsert final ATNMY Ahad ini, jam 9 malam di Astro Ria.
Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan kemudahan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
***Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.