Laman Utama

“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin

Mya Amri
29/06/2022
11:30 MYT
Sponsor Banner
“10 Jam Bukan Sekejap, Hampir 3 Jam Dok Push… ” - Air Mata Fizo Omar Gugur Lihat Isteri Tahan Sakit Bersalin
Pelakon Fizo Omar mengaku air matanya mengalir apabila diberi peluang menyambut kelahiran anak sulungnya bersama isteri, Fazeera Nazri.
Menurut Fizo, walaupun sudah bergelar seorang bapa sebelum ini namun hatinya tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung isterinya ketika proses bersalin.
Fizo berkongsi pengalamannya itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Air mata seorang suami dan ayah. Gugur air mata jantan, gangster macam mana pun si suami dan ayah.
“24 Jun isteri saya di masukkan ke bilik bersalin pukul 3pm, hampir 10 jam bersedia untuk baby dilahirkan. Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yang tepat untuk isteri saya mengambil bius epidural, kalau tak saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan contraction sebelum nak bersalin.
“10 jam weh bukan sekejap dan hampir tiga jam dok push sampailah baby keluar. Gugur air mata jantan seorang suami bila tengok orang yang kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita,” kongsinya.
Menerusi hantaran sama, Fizo menyatakan air matanya gugur sekali lagi tatkala melihat wajah anak perempuan mereka kerana perasaan yang sukar digambarkan.
“Pukul 12.39 pagi (25 Jun) lagi sekali gugur air jantan, perasaan kali ni terus bertukar gembira, sedih dan sebak sebagai seorang ayah pulak bila kau tengok buat pertama kalinya seorang anak yang di tunggu-tunggu selama ini.
“Serius weh abe Joe tak boleh tahan perasaan ni sampai menggigil tangan ni bila doktor minta pegang gunting untuk potong tali pusat baby.
“Perasaan abe Joe masa ni macam… Ok, this is the moment you gonna start your real life, selepas keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dengan ibu di dalam kandungan.
“The moment abe Joe potong tali pusat tu, wujudnya satu bisikan. ‘Ini zuriat kau, kau kena jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan semua orang'.
“Datangnya seorang baby, bukan sahaja untuk kita meraikan kegembiraan tapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang leader yang lebih baik dari sebelum ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fizo juga memberi pesanan kepada mereka yang bakal bergelar bapa agar luangkan masa untuk menemani isteri di bilik bersalin.
“Pesanan abe Joe kepada suami dan bakal ayah, ambil lah momen ini bukan sahaja untuk just be there for her (the wife) tapi lebih kepada untuk diri kita sendiri.
“Bukan senang nak buang ego sebagai lelaki dan ketua keluarga, sometime by experience it membuat kita lebih faham apakah mesej yang nak disampaikan dari Allah buat kita semua yang bergelar ayah dan suami.
“Alhamdulillah syukur semuanya selamat dan terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. Semoga doa yang berterusan dari anda semua akan membara barakah dalam rumah tangga kami,” coretnya.
Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021.
Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun jodoh mereka tidak panjang.
Pasangan ini kemudiannya bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar