Laman Utama
10 Penghibur Jazz Popular Berhimpun Di Kuching Jazz! Eh Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz Pun Ada
Sebuah acara muzik ‘wajib’ di Sarawak, Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival kini kembali menghangatkan dan memenuhi dahaga pendengar genre jazz pada 28 dan 29 Oktober 2022 ini.
Memilih Waterfront, Grand Margherita, Kuching sebagai lokasinya, Ketua Pegawai Eksekutif, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd, Encik Mark Ferguson yang juga merupakan penganjur utama berkata, dia percaya barisan pemuzik dan penghibur yang dihimpunkan untuk dua malam pesta tersebut akan memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik selepas ‘dunia berehat’ akibat Covid-19.
Peminat Muzik Jazz
“Kami di Hemisphere Corporation Sdn. Bhd amat berharap dan percaya Kuching Jazz akan mendapat sambutan hangat selepas dua tahun tidak dianjurkan.
“Kami juga percaya peminat festival ini serta genre muzik yang diketengahkan penghibur yang diterbangkan dari beberapa negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan menjadi magnet kepada peminat.
“Kami berbangga kerana dapat kembali menganjurkan Kuching Jazz dan barisan penghibur yang tak kalah berpengaruh pada 28 dan 29 Oktober ini,” katanya.
Artis Jazz Popular
Antara barisan penyanyi yang akan tampil termasuklah penyanyi tampan dari Indonesia, Afgan.
Sememangnya Afgan yang sudah mempunyai profil cukup besar dalam dunia seni nusantara dengan vokal merdu di untaian hit termasuk Sudah dan Jodoh Pasti Bertemu akan bergabung dengan barisan penyanyi jazz Malaysia seperti Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.
Selain itu, Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand, Freyja Garbett dari Australia dan penampilan istemewa daripada Dawn Wong and The Ark Royal dari Singapura yang dijangka akan ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini.
Barisan pemuzik yang hebat pastinya tidak akan mengecewakan, paling penting dapat ‘mematikan’ kesibukan bekerja dengan alunan Jazz yang dimainkan, Kuching Jazz adalah pesta terbaik yang pastinya rugi jika dilepaskan.
Tiket
Festival ini turut dimeriahkan dengan jualan gastranomi, bazar makanan dan kraftangan yang dijual di sekitar perkarangan lokasi konsert.
Bagi mereka yang berminat, tiket sudah mula dijual dan boleh boleh dibeli melalui website rasmi www.kuchingjazz.com