Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

12 Finalis Ratu Hijabista Diperkenalkan, Normala Samsuddin Galas Cabaran Juri Tetap

Azwa Rahman 22/07/2020 | 11:16 MYT
Sebuah pencarian ikon wanita moden, Ratu Hijabista buat julung kalinya diadakan bagi mencari wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh dijadikan contoh pada kepada masyarakat.
Hasil kerjasama di antara saluran Astro Prima dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., pencarian ini menerima hampir 550 penyertaan secara online semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Seramai 12 finalis telah disenarai pendek menerusi sesi saringan yang ketat untuk diserap masuk bagi penyertaan penganjuran musim pertama ini.

LIVE UPDATE: Sidang media pengumuman TOP 12 Ratu Hijabista 2020 #ratuhijabista #majalahijabista #safihijabista #sayasayangsaya

A post shared by Hijabista, KL MY (@hijabistamag) on

Menurut pengurus saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, pihak mereka menyambut baik penganjuran program ini bagi mengiktiraf potensi bakat luar biasa wanita di luar sana.
“Platform pencarian seumpama ini berupaya mewujudkan persekitaran positif sekaligus meningkatkan keyakinan setiap wanita,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media Ratu Hijabista yang bertempat di restoran My Elephant Thai, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Juri tetap Ratu Hijabista terdiri daripada Puan Sri Normala Samsuddin manakala gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim mengemudi musim pertama sebagai pengacara.
Juara Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara dan selempang.
Ratu Hijabista akan bersiaran selama lapan episod di saluran Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu bermula 12 Ogos ini pada jam 9 malam.
#Program TV #Normala Samsuddin #Ratu Hijabista
;