Laman Utama

13 Bulan Bertarung Dengan COVID 19, Penulis Drama Dawson's Creek, Heidi Ferrer Bunuh Diri

Maliah Surip
23/06/2021
01:20 MYT
Sponsor Banner
13 Bulan Bertarung Dengan COVID 19, Penulis Drama Dawson's Creek, Heidi Ferrer Bunuh Diri
Tidak tahan bertarung dengan pandemik COVID 19 yang dilalui selama lebih 13 bulan, penulis naskhah Dawson's Creek, Heidi Ferrer mengambil keputusan membunuh diri.
Dia mati pada usia 50 tahun, bulan lalu, lapor People. Suaminya, memaklumkan kejadian duka itu melalui cuitan di Instagram pada 26 Mei 2021.
"Bidadari jelitaku, Heidi meninggal dunia malam tadi selepas 13 bulan bertarung dengan COVID 19.
"Mengalami kesakitan dan tidak boleh tidur mendorong dia melakukan hal ini (bunuh dir) kerana tidak mahu dirinya menjadi lebih buruk pada masa depan. Dia adalah ibu yang hebat," tulis suaminya, Nick Guthe yang juga merupakan penulis bersama drama tersebut.
Dalam cuitan sama, Guthe juga mengatakan isterinya berjuang melawan COVID 19 setelah disahkan positif, namun akhirnya memilih untuk bunuh diri.
"Dia didignos COVID 19 dan cuba melawannya. Saya cintakan awak selamanya dan kita akan berjumpa di sana kelak," katanya lagi.
Kepada portal TMZ, Guthe mengaku isterinya mati bunuh diri selepas kali pertama berdepan COVID 19 pada April 2020.
Ferrer yang juga menulis untuk siri Wasteland, The Hottie & the Nottie yang dibintangi Paris Hilton itu kemudian menjalani rawatan selepas mengalami kesakitan pada bahagian tubuh dan terpaksa berehat di katil. Setelah itu, dia juga mendapat banyak simptom penyakit lain.
Malah salah seorang teman baiknya menuliskan keadaan Ferrer menerusi tulisan di dua blognya dengan menyifatkan wanita itu tidak dapat melihat dirinya memiliki kehidupan yang berkualiti pada masa hadapan.
Pada Januari, Ferrer sendiri sempat memberi khabar dirinya beransur pulih selepas terlalu lama melawan COVID 19 sejak Julai tahun lalu.
"Saya sangat tertekan tapi berasa lebih baik," katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar