Laman Utama
14 Tahun Janda, Yuni Shara ‘Boleh Kenal’ Lelaki Hanya Dengan Berbual 5 Minit
Penyanyi Yuni Shara mengaku kerana telah terlalu lama hidup sendiri atau menjanda, dirinya sudah kekok untuk kembali menjalin cinta.
Malah, tempoh 14 tahun hidup solo, Yuni Shara juga mengaku telah didekati pelbagai lelaki yang ingin menjadi kekasihnya.
Namun, lantaran sudah lebih sedekad sendiri, dia pasrah sekiranya mungkin tidak punya rezeki bernikah lagi.
“Ya, susah juga sebab terlalu lama hidup sendiri,” kata Yuni Shara seperti dipetik dari Insertlive.
Kakak kepada pesohor Krisdayanti itu kemudian menyatakan biar sempat beberapa kali berkenalan dengan lelaki, namun belum ada yang berjaya menawan hatinya.
Dan akuinya, kerana 14 tahun menjanda serta sering didekati pelbagai jenis lelaki, dirinya sudah boleh mengenali karakter mereka dengan hanya berbicara.
“Saya sudah berusia 50 tahun dan menjanda 14 tahun.
“Jadi misalnya kalau ada (lelaki) yang datang dan terasa tidak nyaman, terus saya hindari.
“Atau ada yang bila berbual sekitar 5 atau 10 minit juga sudah boleh saya ‘kenal’ orangnya ity bagaimana ya,” akuinya.
Yuni Shara bagaimanapun menolak kesibukannya sebagai penghibur membuat dirinya sukar mendapat jodoh baharu.
“Bukan sebab sibuk, tapi memang tak ada. Mungkin kena (lelaki) dipilihkan untuk saya rasanya,” katanya lagi.
Sebelum ini penyanyi dan pelakon tersebut pernah berkahwin sebanyak dua kali pertama dengan Raymond Manthey (cerai) dan kemudian bersama Henry Siahaan. Mereka bercerai selepas memiliki dua anak iaitu Cavin Obient S. Siahaan dan Cello Obient Siahaan.