Hiburan

"15 Tahun & Kerap Di Top 5, Itu Pun Dah Memadai" - Remy Ishak Kongsi Keluhan, Netizen Tak Putus Pujuk

Amri Hassan
23/09/2019
03:05 MYT
Sponsor Banner
"15 Tahun & Kerap Di Top 5, Itu Pun Dah Memadai" - Remy Ishak Kongsi Keluhan, Netizen Tak Putus Pujuk
Bintang filem Sangkar, Remy Ishak akur dengan keputusan untuk hanya berada di kedudukan lima terbaik sahaja dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) kali ini.
Kata Remy, sepanjang 15 tahun bergelar anak seni, dia jarang memenangi anugerah berdasarkan populariti dan undian peminat.
"15 tahun aku berada dalam industri hiburan tanah air dan kerap berada di top 5 ABPBH.
"Selalu melihat pemenang bersilih ganti. Itupun sudah terlalu cukup memadai dan berharga.
"Bukan mudah untuk bertahan. Terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang selalu menyokong," tulis Remy menerusi akaun Twitternya awal pagi tadi. Remy kalah kepada Syafiq Kyle dan Fattah Amin untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.
Namun, Remy memenangi kategori Gandingan Serasi Drama Popular bersama Mira Filzah untuk drama Pujaan Hati Kanda.
Untuk rekod Remy pernah dua kali memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular pada tahun 2010 dan 2011.
Kekalahan Remy bagaimanapun tidak mematahkan semangat dan impian peminat untuk melihat aktor bertubuh sasa menggondol anugerah biarpun bukan berlandaskan populariti semata-mata.
"Apa yang kamu perlukan bukan anugerah populariti sebaliknya anugerah pelakon lelaki berkualiti yang dinilai oleh produser dan pengarah," tulis @imslsk.
"Kamu di tahap berbeza. Tak perlu anugerah popular tetapi kamu sudah yang terbaik. Semua pun tahu," tambah @MissEl_E.
"Untuk kekal popular selama 15 tahun dalam industri ini tak mudah. Ia pencapaian membanggakan," tulis @sleeplessinkl69 pula.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar