Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hollywood

1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad

Maliah Surip 05/05/2024 | 08:45 MYT
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Bintang terkenal dan penuh sensasi itu mengadakan konsert percuma di Pantai Copacabana di Rio de Janeiro pada hujung minggu lalu, lapor AP.

BERITA TRENDING: Madonna Terlentang Jatuh Kerusi Atas Pentas

Hasilnya, sekitar 1.6 juta penonton telah menghadiri konsert percuma tersebut menjadikan ia sebagai rekod baru yang dicetak.
Kehadiran seramai 1.6 juta penonton di konsertnya adalah 10 kali ganda daripada rekod terbanyak iaitu seramai 130,000 peminat yang menyaksikan persembahan Madonna di Paris’ Parc des Sceaux pada 1987.
Laman web rasmi penyanyi berusia 65 tahun itu mendakwa rekod 1.6 juta penonton yang menghadiri konsert sebagai yang terbesar sepanjang empat dekad karier Madonna.
Madonna membuka konsert dengan lagu hitnya yang diambil dari tahun 1998 iaitu Nothing Really Matters.
Antara lagu lain yang dipersembahkan adalah Like A Virgin dan Hung Up.

BERITA TRENDING: Madonna Dedah Koma 48 Jam Selepas Jatuh, Dakwa Selamat Dijaga Malaikat

PILIHAN PEMBACA: Madonna 'Sidai' Peminat 3 Jam!
#Viral #Konsert #Hollywood #peminat #Madonna #Sejarah
;