Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

18 Tahun Kahwin, Suami Mengaku G*y & Perkenal Kekasih Kepada Isteri

Maliah Surip 14/10/2022 | 16:05 MYT

Bayangkan anda telah berkahwin dalam tempoh yang sangat lama. Malah berbelas tahun dan memiliki anak.

Namun pada suatu hari, suami yang anda banggakan dan melihat dirinya mempunyai ciri lelaki dan bapa sempurna membuat pengakuan mengejutkan.
Pengakuan itu adalah mengenai selera seks yang diakui sebagai seorang gay atau homoseksual.
“Dunia saya seperti ingin meletup sewaktu diberitahu dia tidak lagi mampu hidup dalam kepura puraan. Dia mengaku dirinyanya seorang homoseksual,” begitu pengakuan wanita yang dikenali sebagai Serena Morton seperti dilaporkan DailyMailUK.
Pengakuan mengejutkan itu datang dari suami yang dikahwininya selama 18 tahun, David. Mereka juga memiliki dua orang anak.
Namun kedua bercerai empat tahun lalu Serena tidak dapat menerima hakikat lelaki yang dikahwininya sejak berbelas tahun lalu mempunyai kekasih - yang juga seorang lelaki!
“Saya tidak dapat menerima apabila dia katakan mahu bersama lelaki lain. Saya benci komuniti gay dan malu untuk mengakui bekas suami kini sebahagian daripada mereka,” tambaah Serena lagi.
Menurutnya lagi: “Saya tidak tahu bagaimana untuk hidup tanpa dia di sisi. Jika dia katakan sudah berubah hati dan memiliki kekasih yang juga seorang perempuan, mungkin saya boleh bersaing.
“Tapi bagaimana untuk saya menerima dan bersaing dengan kekasihnya yang sejenis?”
Lalu mereka bercerai dan menjadi musuh lebih dua tahun, sebelum Serena akhirnya membuat keputusan untuk berkawan dengan bekas suaminya, David, 60.
Dia mengatakan sudah menerima kenyataan dan hidup lebih gembira selepas mereka menjadi kawan dengan dua anak mereka yang sudah membesar juga menerima takdir yang terjadi dalam keluarga mereka.

#Viral #Suami #Homoseksual #UK
;