Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

2 Pegawai Polis Didakwa Terima RM1.25 Juta Tutup Kes Pembelian Senjata Warga Israel

Firdaus 28/05/2024 | 09:13 MYT

Dua pegawai kanan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa berhubung kes rasuah RM1.25 juta dua bulan lalu.

Dipercayai untuk menutup siasatan kes seorang ahli perniagaan, berhubung mata wang kripto bagi pembelian senjata api oleh warga Israel, bulan lalu.
Dua tertuduh itu ialah Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakuanan Forensik, Asisten Komisioner, Chin Khiam Kong, 54, dan Ketua Unit, Siasatan Jenayah Cryptocurrency, Deputi Superintenden, Suhairon Abdullah, 42.
Dua lelaki itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.
Seksyen itu membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Khiam Kong didakwa atas dua lagi pertuduhan, iaitu bersetuju untuk memperoleh rasuah dan telah menerima suapan RM250,000 daripada Zixian sebagai dorongan serupa, berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (kes menipu).
Kesalahan didakwa dilakukan di Menara KPJ, jam 12.30 tengah hari, 18 April dan 10.30 pagi, keesokan hari, mengikut Seksyen 16(a)(B) akta sama dengan hukuman serupa.

"Kesalahan yang dilakukan dua tertuduh ini, sangat serius kerana melibatkan wang lebih RM1 juta...

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir mencadangkan setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin.

"Ia termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes ini selesai.
"Kesalahan yang dilakukan dua tertuduh ini, sangat serius kerana melibatkan wang lebih RM1 juta, maka cadangan ini adalah munasabah,” katanya.
Bagaimanapun, peguam, Jacky Loi Yap Loong yang mewakili Khiam Kong, merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar rendah dengan mengambil kira dia telah berkhidmat kepada negara selama 29 tahun.
"Dia mempunyai empat anak berusia 27 hingga 18 tahun, yang mana bongsu masih belajar di luar negara selain dia tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri,” ujarnya.
Sementara itu, peguam, Ridha Abdah Subri merayu bagi pihak Suhairon berkata, anak guamnya telah berkhidmat lebih 20 tahun, maka tiada sebab untuk dia melarikan diri.
"Dia perlu menyara ibu bapa yang uzur, isteri dan empat anaknya yang masih bersekolah,” katanya lagi.

Tertuduh Dibenarkan Diikat Jamin

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Azura membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan seorang atau dua penjamin, dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan. Mahkamah menetapkan 30 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada Jumaat lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tiga pegawai berpangkat asisten komisioner, deputi superintenden dan inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan sekitar Jalan Tun Razak di sini, bagi membantu siasatan kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Dua lagi yang ditahan, masing-masing seorang inspektor dan sarjan, kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap individu yang disiasat oleh mereka berhubung kes mata wang kripto.

BERITA TRENDING: Persoal Tindakan Pejuang Hamas, Azhar Sulaiman Akhirnya Mohon Maaf - “Saya Tiada Niat Menentang”

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

#Berita #Polis #Israel #Rasuah #Senjata
;