Laman Utama

20 Negara Ini Punya Penduduk Teramai Tidak Percaya Tuhan

Maliah Surip
24/08/2023
06:34 MYT
Sponsor Banner
20 Negara Ini Punya Penduduk Teramai Tidak Percaya Tuhan
Umat manusia secara umumnya dilahirkan dengan pelbagai kepercayaan terhadap agama masing-masing.
Sehingga Januari 2023, Pew Research Center (PRC) melaporkan Kristian menjadi agama paling ramai penganut di dunia.
Agama Islam pula menjadi agama kedua paling ramai dipercayai di dunia diikuti Hindu dan Budha.
Namun dalam dunia serba moden ini ternyata masih ramai manusia yang tidak percaya kepada Allah, Tuhan atau agama. Mereka ini dikenali sebagai Atheis atau tidak percaya kepada sebarang agama.
Organisasi yang sama mendedahkan terdapat 20 negara mempunyai penduduk paling ramai tidak mempunyai agama.
Apakah negara tersebut?
Menurut data Pew Research Center's Religious Composition by Country, Republik Ceko mempunyai penduduk paling ramai Atheis iaitu dengan 78,4% diikuti oleh Korea Utara (71,3%) dan Estonia (60,2%).
Selain itu, dilaporkan separuh daripada penduduk Jepun dan Hong Kong juga memilih menjadi Atheis diikuti China dan Korea Selatan.
Berikut 20 Negara yang Paling Tidak Percaya Tuhan di Dunia:
1. Republik Ceko 2. Korea Utara 3. Estonia 4. Jepun 5. Hong Kong 6. China 7. Korea Selatan 8. Latvia 9. Belanda 10. Uruguay 11. New Zealand 12. Mongolia 13. Perancis 14. Britain 15. Belgium 16. Vietnam 17. Sweden 18. Australia 19. Belarus 20. Luxembourg
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar