Advertorial

22 Kali Menang Pingat Sukan SEA, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Duyung Emas Negara, Nurul Huda Abdullah

Amri Hassan
26/02/2019
11:19 MYT
Sponsor Banner
22 Kali Menang Pingat Sukan SEA, Ini 5 Fakta Menarik Tentang Duyung Emas Negara, Nurul Huda Abdullah
Selepas tersiar laporan Awani mengenai persepsi masyarakat terhadap golongan wanita yang aktif bersukan baru-baru ini, pelbagai reaksi timbul.
Antara yang turut memberikan respon terhadap perkara itu adalah penyanyi antarabangsa Yuna dan gimnas kebangsaan, Farah Ann.
Farah Ann berkolaborasi dengan Pantene sempena kempen #WanitaBesi bagi menyuntik semangat rakyat Malaysia terutamanya wanita untuk kekal aktif dalam sukan.
Bagi dua figura ini, suka menjadikan seseorang wanita itu bertambah kuat dan cantik secara luaran dan dalaman.
Malah, setiap wanita harus menyemai semangat Wanita Besi.
BACA: "Setiap Wanita Seharusnya Boleh Terlibat Dalam Sukan Tanpa Sebarang Kerisauan" - Yuna Nyata Kekesalan, Ini Pula Jawab Gimnas Negara, Farah Ann
Sebut sahaja Wanita Besi, akan terlintas dalam minda deretan nama jaguh sukan wanita yang telah mengangkat nama Malaysia ke persada dunia.
Nurul Huda Abdullah antara nama yang telah banyak kali mengharumkan nama negara dalam bidang renang.
Diberi jolokan Ratu Renang, Nurul Huda atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdullah Ch'ng Shu Lin, 46, pernah 22 kali memenangi pingat emas dalam Sukan SEA.
Kami kongsikan juga lima fakta menarik mengenai srikandi renang negara ini:
1. Wanita pertama dan rakyat Malaysia pertama yang memenangi medal dalam acara renang Sukan Asia dan Kejohanan Renang Asia.
2. Perenang wanita pertama di Asia Tenggara yang memecahkan rekod 5 minit dalam acara 400 meter individu.
3. Malah, beliau juga menjadi perenang wanita sulung Asia Tenggara yang memecahkan rekod 60 saat acara 10 meter gaya bebas.
4. Nurul Huda pernah menjadi pelari obor Sukan Olimpik 2008 dan tidak mustahillah beliau dinobatkan sebagai Olahragawati Negara lima tahun berturut-turut (1985-1989).
5. Beliau mula mewakili Malaysia dalam acara renang Sukan Asia Tenggara buat kali pertama ketika berusia 11 tahun.
Bagi Nurul Huda, pencapaiannya adalah hasil galakan ibunya dan tanpa sokongan keluarga, Nurul Huda merasakan dirinya tidak akan mampu merangkul puluhan pingat selama kariernya.
Sokongan daripada ibu bapa dan sekolah serta persatuan sukan termasuk badan kerajaan amat penting untuk terus memberi motivasi kepada golongan wanita dan generasi muda terus aktif dalam sukan.
“Sokongan padu daripada semua pihak itu kunci utama dalam kejayaan seseorang. Saya percaya dengan kerjasama semua termasuk Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan, usaha ini akan memberi kesan positif,” katanya.
“Kepada generasi muda dan wanita di luar sana, jangan pula takut untuk bersukan kerana tanggapan awam kalau bersukan akan jadikan kita nampak maskulin, itu tidak benar,”kata Nurul Huda.
Frasa Wanita Besi merupakan satu perlambangan melawan stereotaip dan seksis bahawa wanita yang kuat itu cantik.
Biasanya terma Wanita Besi sering dikaitkan dengan golongan wanita yang kurang feminin.
Namun, Pantene telah menterjemahkan semula Wanita Besi sebagai satu ekspresi unik bahawa kuat itu cantik.
Setiap wanita juga punyai kekuatan dalaman tersendiri untuk menjadi yang terbaik dalam kehidupan masing-masing.
Foto: @nurulswims
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar