Gaya Hidup
23 Tahun Tak Sentuh Nasi, Pengantin Lelaki Minta Isteri Masak Western Hari-Hari - “Jangan Paksa Makan Nanti…”
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Ammar Loy membuat satu perkongsian dimana dia tidak pernah menyentuh nasi sepanjang hidup selama 23 tahun.
Tidak boleh dipaksa untuk makan nasi, Ammar berkata kali terakhir dia menjamah makanan ruji itu ketika usianya lima tahun.
“Jangan paksa saya untuk makan nasi, nanti hospital perginya.
“Last makan nasi masa umur lima tahun, sekarang dah 28 tahun.
“Hampir 23 tahun tak sentuh nasi," kata Ammar.
Menerusi perkongsian video di TikTok itu, Ammar juga memberitahu kepada isteri untuk menghidangkannya makanan ‘western’ setiap hari.
Pada masa sama, Ammar turut memaklumkan abangnya juga sama sepertinya tidak menyentuh nasi sejak usia tujuh tahun dan mereka hanya meratah lauk sejak kecil.
“Tunggu giliran abang saya pula nanti naik pelamin. Sebab dia pun sama sudah 23 tahun tak pernah sentuh nasi. Last dia makan nasi umur tujuh tahun.
“Kami hanya meratah lauk je selalu,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen pula, ada netizen yang berkongsi melalui perkara yang sama seperti Ammar.
“Tak boleh makan ke bang. Jadi macam mana kami hat tak makan nasi ni ketaq habih badan-badan”
“First time saya tau yang ada orang tak makan nasi. Tenang sikit hati anak saya pun tak suka makan nasi. saya asyik marah paksa makan. normal je rupanya ya”
“Sama macam my husband. Masa kecik dia makan terus muntah demam2. Since tu dia cakap tak makan nasi. Dah 7 tahun kawen x pernah nampak dia sentuh nasi”
“Allergic ke apa tu...sebab pernah lalu dekat TT ada orang allergic nasi putih”
“Sama dengan anak saya... tak makan nasi... bila suruh makan nasi je, terus auto dia nak muntah... hari-hari makan roti,” kata netizen.
Sementara itu, ada juga netizen yang bergurau menyatakan mereka tidak menyetuh nasi namun hanya dalam tempoh yang singkat.
“Wah ada geng rupanya....Sya last makan nasi lepas maghrib tadi “
“Alhamdulillah ada geng tak makan nasi. Last saya makan nasi semalam”
“Fuh sama last makan nasi 5 minit tadi ?”
“Gengla.saya kalau makan nasi terus menyandar, kenyangggg,” Sakat Netizen.
undefined