Laman Utama
3 Bulan Solat Istikharah & Tahajud, Balu Herman Seventeen Akhirnya Nikah Dengan Tentera - "Senasib, Pasangan Kami ..."
Balu kepada anggota kumpulan Seventeen, Herman Sikumbang yang meninggal dunia dalam bencana tsunami empat tahun lalu, Juliana Moechtar telah selamat berkahwin dengan anggota tentera, Nur Wahyudi pada Jumaat.
Pernikahan pasangan itu telah berlangsung di Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia dengan berwalikan adiknya, Ferry Moechtar.
"Saya nikah dan kahwinkan kakak kandung saya, Juliana Puspita Moechtar dengan mas kahwin 27 gram emas dan cincin berlian dibayar tunai," katanya seperti dilaporkan Grid.ID.
Difahamkan 27 gram emas itu bersempena dengan tarikh pernikahan mereka iaitu 27 Mei 2022 manakala hari Jumaat dipilih kerana kedua-dua mereka dilahirkan pada hari Jumaat.
Pasangan itu selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.
Cerita Juliana, perkenalan awal mereka bermula di sebuah majlis dan berkongsi nasib hidup sama.
"Tak sengaja kenal di majlis abang saya sendiri. Dia (suami) saya diundang. Kebetulan kerana senasib, pasangan kami sama-sama meninggal dunia, langsung kami cuba berkenalan.
"Kami bukan sembarangan terus nikah tetapi melakukan solat sunat istikharah dan tahajud selama tiga bulan. Sampai akhirnya Allah mengkehendaki dan dilancarkan segala urusan," cerita Juliana.
Untuk rekod, menerusi perkongsian hidup Juliana bersama Allahyarham Herman, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata.
Tsunami yang melanda Banten, Indonesia pada 22 Disember 2018 telah mengorbankan banyak nyawa termasuk Herman. Manakala vokalis Seventeen, Ifan antara yang terselamat dalam bencana itu.
#Kahwin
#Nikah
#Tentera
#Seventeen
#Tsunami
#Juliana Moechtar
#Solat Istikharah
#Solat Tahajud
#Banten
#Herman Sikumbang
#Nur Wahyudi