Hiburan
3 Bulan Tak Dapat Jumpa Anak Kedua, Isteri Ippo Hafiz Ada Bukti Sukar Dihubungi - “Kalau Dia Jaga & Tiada Masalah, Kenapa Saya…”
Isteri kepada penyanyi Ippo Hafiz iaitu Fara Roslan mendedahkan dia tidak dapat bertemu dengan anak keduanya, Ibrahim sejak bulan Februari lalu.
Malah Fara juga mendakwa dia sudah cuba menghubungi Ippo namun suaminya tidak menjawab panggilan telefon.
“Dari bulan dua (Februari).. tak dapat dihubungi. Saya ada cuba call dia (Ippo) tapi dia tak jawab dan saya tak tahu dia dekat mana,” katanya kepada Gempak.
Apabila disoal mengenai kenyataan Ippo tidak menghalang untuk bertemu dengan anak, Fara bagaimanapun berkata perkara itu sepatutnya ditanya kepada penyanyi tersebut.
“Yang itu kena tanya Ippo sendiri (kenyataan Ippo). Saya ada semua bukti yang mengatakan dia tak angkat panggilan telefon. Kita cuma risaukan anak saja.
“Yang lain tak ada masalah, saya cuma nak jumpa anak saya. Dia tak bawa lari, dia kata dia menjaga tapi kalau dia jaga dan tak masalah dengan saya, kenapa saya tak boleh berjumpa?” ujarnya.
Bagaimanapun Fara enggan berkongsi lebih lanjut mengenai permohonan perceraian terhadap Ippo yang difailkannya.
Terdahulu, pada 12 Mac lalu, Ippo memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Fara di Mahkamah Rendah Syariah Ampang selepas wanita itu tidak pulang ke kediaman mereka sejak November tahun lalu.
Bagaimanapun, isterinya tidak hadir ke prosiding tersebut dan mereka perlu datang ke mahkamah pada 23 April ini.
Untuk info, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
BERITA TRENDING: Belum Dapat Beraya Bersama, Isteri Ippo Hafiz Dakwa Gagal Hubungi Anak Bongsu - “Kalau Tiada Halangan, Mesti Dah Jumpa Adik”
PILIHAN PEMBACA: Ippo Hafiz Perjelas Dakwaan Lari Anak Kedua - “Saya Beritahu Isteri Buat Masa Ini Biar Saya Jaga”