Laman Utama

3 Hari Dalam Wad, Yatt Hamzah Timang Putera Sulung - "Hampir-Hampir Masuk Bilik Bedah..."

Amri Hassan
05/07/2021
00:23 MYT
Sponsor Banner
3 Hari Dalam Wad, Yatt Hamzah Timang Putera Sulung - "Hampir-Hampir Masuk Bilik Bedah..."
Pelakon Yatt Hamzah telah selamat melahirkan anak keenam pada 11.16 malam Sabtu.
BACA: Yatt Hamzah Terpaksa Bersalin Awal, Air Ketuban Kurang - "Pagi Ini Terpaksa Masuk 'Induction' ..."
Memaklumkan khabar gembira menerusi hantaran di Instagram, kata Yatt dia bersyukur dapat bersalin secara normal walau pada mulanya dijadualkan untuk pembedahan (caesarean).
"Jam 11 malam semalam hampir-hampir masuk ke bilik bedah untuk caesarean, dengan kuasa Allah, pada saat-saat akhir, dapat juga melahirkan secara normal genap jam 11.16 malam, 3 July 2021 (Sabtu), setelah hampir 3 hari di wad.
"Pengalaman yang luar biasa, hebatnya kuasa doa. Allahuakbar!
"Alhamdulillah Bonda ini telah selamat melahirkan anak ke 6 (1 di Syurga), inilah anak lelaki pertama Bonda.. satu-satunya anak lelaki," tulis Yatt.
Selain berjanji akan berkongsi perjalanannya melahirkan zuriat lelaki pertamanya, Yatt turut berterima kasih atas doa yang dilayangkan buatnya.
"Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan followers Bonda yang baik hati telah mendoakan keselamatan baby dan Bonda. Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan leganya hati ini. Paling utama doa suami.
"Genap 1 hari usia Baby Boy Bonda ni Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah.. Doakan juga Baby terus sihat dan jadi anak yang soleh, pejuang agama," tambahnya
Yatt dan suami, Zulfadhli Khiruddin telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar