Laman Utama
3 Minggu Selepas Tuduhan Rampas Suami Orang, Nissa Sabyan Muncul Menangis Di Instagram
Selepas tular kisah keretakan rumah tangga anggota kumpulan Sabyan, Ayus dengan isteri gara-gara vokalisnya, Nissa, akaun Instagram penyanyi itu kembali aktif.
Menerusi posting terbaharu selepas tiga minggu menyepi, Nissa memuat naik sepotong videonya menangis.
Video terbabit difahamkan sebahagian daripada lagu terbaharu Sabyan Gambus berjudul Sapu Jagad.
Biarpun mempromosikan lagu terbaharu kumpulannya, Nissa masih dituntut netizen untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku membabitkan dirinya dan keluarga Ayus.
Sehingga kini, Nissa masih mengunci mulut mengenai dakwaan punca pergolakan rumah tangga Ayus Sabyan dan isterinya, Ririe Fairus.
Ayus sebelum ini pernah memberikan kenyataan berhubung isu terbabit.
"Saya dengan penuh kesedaran dan ketulusan ingin memohon maaf kepada isteri, keluarga dan teman-teman Sabyan dan semua yang merasakan tidak nyaman dengan kekhilafan yang saya lakukan.
"Mohon doanya semoga saya jadi lebih baik lagi ke depannya," kata Ayus.