Laman Utama
30 Tahun Bersama, Qi Razali Akhirnya Tinggalkan OAG - “Pilihan Jalan Hidup Yang…”
Selepas 30 tahun, akhirnya pelakon dan pengacara Qi Razali mengambil keputusan untuk tidak lagi membuat persembahan bersama kumpulan OAG.
Perkongsian itu dibuat menerusi laman Twitter miliknya selepas pembabitan terakhirnya ketika Konsert 30 Tahun Generasiku OAG baru-baru ini.
“Okay, enough OAG, Qi is me again. Saya telah membuat keputusan dan hati saya. Itulah persembahan terakhir saya untuk OAG,” kongsi Qi.
Menerusi perkongsiannya lagi, menurut Qi, keputusan yang dibuat atas kebaikan sendiri dan berharap semua peminat dapat menyokong pilihan itu.
“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ni. Band tu tetap akan terus wujud jangan risau. Kekuatan band tu bukan kat drummer.
“Jadi, boleh saja ganti mana-mana pun. Pilihan aku adalah untuk kebaikan aku. Kalau korang support kerjaya aku, support la langkah aku kali ni,” kata Qi.
Meskipun sedih dengan keputusan itu namun rata-rata netizen berkata mereka tetap akan menyokong pengacara berusia 45 tahun itu.
“Jangan risau, perancangan Allah yang terbaik. Jika niat itu baik, Insya-Allah Allah akan permudah. Akan sentiasa sokong awak. Buat sesuatu yang gembirakan diri sendiri.
“Terima kasih kerana ketukan dram yang berjaya buat aku cinta alternative music sampai sekarang sejak 1996… tingkatan 3 dah pandai pergi jamming studio dan main lagu OAG.
“Tetap sokong. Semoga dipermudah segala urusan. Bila nak ada rancangan jalan-jalan macam Destinasi Bajet dulu? Rindunya abang Qi dengan teh ais,” komen netizen.
Untuk rekod, Qi adalah pemain dram dan anggota asal OAG sejak band itu ditubuhkan pada awal 1990-an.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.