30 Tahun Pemergian Sudirman, Ini Lagu Ikonik Masih Segar Dalam Ingatan
Hari ini, 22 Februari genaplah pemergian penghibur nombor satu Asia, Datuk Sudirman Hj Arshad.
Biarpun sudah tiada namun namanya tetap terpahat di hati sanubari rakyat Malaysia.
Sehingga ke hari ini masih tiada yang mampu menandingi kelunakan suaranya. Benarlah bagai dikata… Pemergian Allahyarham Sudirman, sememangnya tiada pengganti.
Buktinya, lagu-lagu nyanyian Allahyarham Sudirman masih terus segar hingga ke generasi kini.
Di sini kami kongsikan antara lima lagu ikonik Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia.
Lirik-lirik yang menyeronokkan dengan muzik yang menghiburkan sememangnya inilah lagu paling favourite! Setiap kali tiba hari raya, boleh dikatakan setiap rumah yang dikunjungi pasti akan memainkan lagu ini.
#2 Chow Kit Road
Kalau nak tahu pada tanggal 15 April 1986, Allahyarham Sudirman menempa nama dalam Malaysian Book of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Antara lagu yang dinyanyikan? Sudah pastilah Chow Kit Road! Irama rancaknya seolah-olah mengajak anda untuk turut serta menari bersama!
#3 Tanggal 31
Siapa yang tidak kenal lagu ini? Tidak kira tua atau muda, liriknya sudah sebati dalam diri rakyat Malaysia.
Lagu ini juga dinyanyikan penuh perasaan oleh Allahyarham Sudirman pada tahun 1982 manakala liriknya pula ditulis oleh Ahmad C.B.
#4 Hidup Sederhana (Basikal Tua)
Allahyarham Sudirman memberikan nilai baru kepada kampung halaman apabila menyanyikan lagu Hidup Sederhana (Basikal Tua).
Lihat sahaja liriknya sudah cukup memberikan banyak makna tersirat.
#5 Salam Terakhir
Lagu yang paling menyentuh jiwa, jika mendengar bait liriknya sahaja pun sudah menerbitkan rasa sebak.
Sama seperti tajuknya, lagu ini umpama ‘hadiah terakhir’ Allahyarham buat peminat….
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Sudirman Haji Arshad….