Laman Utama
35mm Banyak Tampilkan Elemen Menarik, Termasuk Kesan Khas CGI - Senibayan
Senibayan, selaku pengarah bersama dan penulis skrip filem 35mm mengakui teruja menyaksikan karyanya bersama pengarah utama, Syahmi Sazli menemui penonton di Astro First bermula hari ini.
Menurut Senibayan atau nama sebenarnya, Ahmad Hashim, dia dan Syahmi melihat 35mm sebagai satu filem yang luar biasa dan mempunyai pelbagai elemen berbeza berbanding dengan filem sedia ada.
“Saya selalu berbincang dengan Syahmi mengenai hal ini dan Syahmi sendiri berasa teruja untuk melihat filem keduanya ini ditayangkan.
“Sebelum ini, acuan karya-karya seni Syahmi berupa drama spontan tetapi 35mm memberi nuansa baharu terhadap portfolionya.
“Selain teknik CGI yang diketengahkan, filem ini turut mengangkat kisah pengembaraan masa daripada pelbagai era, menjadikan ia sebuah naskhah yang berbeza untuk Syahmi sebagai pengarah,” katanya kepada Gempak.
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.
Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.
Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!