Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

4 Jenama Antarabangsa Ini Sebenarnya Buatan Malaysia!

Syafiqah Jalal 12/04/2017 | 12:00 MYT
Barangan berjenama sememangnya sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pengguna, terutamanya di Malaysia.
Tetapi, tahukah anda bahawa empat jenama popular ini disangka buatan luar negara namun pada hakikatnya adalah buatan tempatan.
Berikut kami senaraikan jenama popular buatan Malaysia:
1. BONIA
Pasti ramai di antara anda yang tidak menyedari bahawa jenama beg tangan dan pakaian mewah ini sebenarnya berasal dari Malaysia. BONIA Cooperation Berhad telah ditubuhkan pada 1974. Produk jenama kulit eksklusif ini juga diinspirasikan daripada hasil rekaan Itali.
2. SAN FRANCISCO COFFEE
Mungkin dengan hanya mendengar namanya sudah cukup membuat anda berfikir jenama kopi ini berasal dari San Francisco. Tahukah anda, San Francisco Coffee telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia dan syarikat ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. dibawah pengurusan Datuk Abdul Rahim Zin.
3. THE MANHATTAN FISH MARKET
Nama restoran ini semenangnya popular di kalangan rakyat Malaysia yang gemarka makanan laut. Namun, restoran ini sebenarnya bukanlah berasal dari Manhattan, New York. Sebaliknya, diasaskan oleh George Ang and Dr. Jeffrey Goh yang merupakan dua orang rakyat tempatan.
4. VOCHELLE
Mungkin ramai yang menyangkakan coklat jenama Vochelle ini adalah produk yang diimport daripada luar negara. Coklat ini sebenarnya diedarkan oleh Maestro Swiss, sebuah syarikat pengilangan, penjualan, dan pemasaran dalam industri makanan dan minuman Malaysia. Ibu pejabat dan kilang jenama ini bertapak di Pulau Pinang, manakala pejabat jualan terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Sumber : Cilisos.my, Taikotai.tv
Olahan : Izzat Ridzwan
#Gaya Hidup #Barangan Berjenama
;