Laman Utama
4 Pengasas Menyesal Cipta Rekaan Sendiri, Termasuk Figura Filem Oppenheimer
Filem Christopher Nolan, Oppenheimer sedang memecahkan rekod tayangan selepas beberapa hari masuk pawagam.
Naskhah tersebut diilhamkan daripada karya adaptasi buku American Prometheus: The triumph and Tragedy of J. Robert Oppenheimer.
Watak Oppenheimer dimainkan oleh Cillian Murphy dengan Emily Blunt sebagai Kitty Oppenheimer, Robert Downey Jr. sebagai Lewis Strauss serta banyak pelakon terkenal lain.
Tapi tahukah anda, di sebalik meriahnya sambutan filem dengan durasi lebih tiga jam ini di pawagam, Oppenheimer menjadi salah seorang daripada pengasas yang menyesal dengan rekaan ciptaannya.
Selain Oppenheimer, ada tiga pengasas yang juga menyesal dengan penemuan atau rekaan yang dicipta dalam peradaban dunia.
J. Robert Oppenheimer - Bom Atom
J. Robert Oppenheimer adalah seorang ahli fizik teori Amerika Syarikat yang mencipta bom atom. Bom atom ciptaannya telah menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki di Jepun hancur pada Ogos 1945.
Ini juga merupakan satu-satunya penggunaan senjata nuklear dalam peperangan dalam sejarah dunia.
Meski pada awalnya Oppenheimer sempat bangga dan merayakan ciptaannya, namun lelaki yang meninggal dunia pada usia 67 tahun itu kemudian menyesal kerana bom atom yang direka telah mencetuskan ‘perlumbaan’ perang nuklear di antara negara.
Oppenheimer yang juga menerima julukan dengan nama ‘Bapa Bom Atom’ dipetik pernah berkata ‘tangannya berlumuran darah’ dan dirinya umpama sang penghancur dunia.
Mikhail Kalashnikov - Senapang AK-47
Mikhail Kalashnikov adalah warga Rusia yang menjadi perancang salah satu senapang yang paling popular di muka bumi, senapang semiotomatik AK-47.
Senjata yang dicipta pada tahun 1947 itu telah menjadi ‘kepercayaan’ aset atau tentera Rusia serta negara-negara lain serta digunakan oleh banyak pemberontak di seluruh dunia.
Namun ternyata Kalshnikov rupa-rupanya sangat menyesali ciptaanya yang disifatkan senang digunakan dan dijaga itu.
Penyesalannya terbongkar selepas media tempatan membocorkan surat yang ditulis kepada Gereja Ortodoks Rusia sebelum kematiannya.
Antara penyesalan yang diluahkan adalah dia berasa bertanggungjawab atas kematian yang disebabkan oleh senapang ciptaannya, AK-47.
"Luka spiritual saya tak tertahankan. Saya terus bertanya ke diri saya sendiri. Jika senapang yang saya rancang membuat sengsara .... sebagai pemeluk Kristen Ortodoks apakah saya juga adalah penyebab kematian mereka," tulis Kalashnikov seperti dilaporkan BBC.
Wilbur & Orville Wright - Kapal Terbang
Wilbur dan Orville Wright adalah adik beradik yang dilaporkan dunia sebagai penemu kapal terbang yang boleh terbang dengan seimbang sekaligus membuat mereka sangat popular.
Kapal terbang atau pesawat ringan pertama yang berjaya diterbangkan oleh mereka adalah pada Disember 1903.
Namun Orville telah melahirkan kekesalan selepas mendapat tahu penemuan (kapal terbang) telah digunakan oleh tentera untuk berperang pada Perang Dunia 11.
Menerusi sebuah akhbar St. Louis Post, Orville mengatakan teknologi yang diusahakan bersama Wilbur seharusnya digunakan untuk kedamaian dan membantu memudahkan kehidupan manusia bukan untuk menghancurkan semua.
Dong Nguyen - Permainan Video Flappy Bird
Pada tahun 2014, pembangun program dari Vietnam, Dong Nguyen telah menghapuskan permainan video di telefon bimbit, Flappy Bird selepas mengaku menyesal dengan ciptaannya itu.
Menerusi temubual dengan Forbes tidak lama dulu, lelaki berusia 35 tahun tersebut mengatakan tujuan asal dia mencipta game tersebut adalah untuk memberi para pemainnya rileks.
“Flabby Bird dicipta untuk para pemain berasa rileks (mengisi masa).
“Tapi kemudian ia telah menjadi ketagihan buat pemainnya. Saya fikir ini adalah satu masalah.
“Jadi untuk menyelesaikan masalah ini saya menghapuskan Flappy Bird. Kini ia telah tidak wujud,” ujar Nguyen.
Nguyen juga mengaku kehidupannya menjadi tidak tenang sejak mencipta Flappy Bird.
“Kehidupan saya jadi sangat tidak selesa selepas permainan video itu dicipta. Saya malah hampir tidak boleh tidur,” katanya lagi.