Laman Utama
4 'Ritual' Penjagaan Kulit Dari Jepun Yang Perlu Anda Cuba
Negara Jepun cukup sinonim dengan amalan rutin kecantikan komprehensif, sehingga menjadi tumpuan kebanyakan masyarakat seluruh dunia.
Hal ini dibuktikan sejak sekian lama menerusi beberapa ‘ritual’ atau amalan penjagaan kulit bagi memelihara kecantikan luaran.
Berikut merupakan amalan masa lampau yang bukan sahaja terbukti berkesan, malah turut dijadikan sebagai ritual kecantikan sehingga kini. Selamat mencuba!
Membersihkan muka dengan minyak
Mungkin ada menyifatkan pembersihan wajah dengan minyak merupakan teknik baharu. Namun, rutin ini telah dipraktikkan sejak dari dahulu lagi, terutama dalam kalangan Geisha. Ketika itu, mereka melakukan pembersihan berganda yang dimulai dengan minyak bagi menanggalkan lapisan solekan tebal. Kemudian, barulah proses pembersihan dengan pembersih berbuih dilakukan seperti biasa.
Cadangan Gempak: Selepas seharian berada di luar dengan solekan mapan, pastikan anda bersihkan dahulu wajah sebelum melelapkan mata. Gunakan cleansing oil kegemaran sebelum mencuci muka seperti biasa. Pasti wajah lebih berasa bersih dan sihat.
Minum teh hijau
Selain hub kecantikan, Jepun juga cukup terkenal dengan teh hijau. Namun, teh hijau juga memberi banyak manfaat kepada kulit! Dengan dua hingga empat cawan kecil teh hijau dinikmati setiap hari, minuman ini membentuk bahagian penting dalam diet warga Jepun kerana antioksidan yang ada dalamnya. Teh hijau boleh membantu memperkuatkan kulit daripada sebarang kerosakan persekitaran, mengurangkan kerengsaan dan kemerahan, merawat jerawat, dan juga melindungi daripada penuaan pramatang!
Cadangan Gempak: Minum teh setiap hari untuk mendapatkan manfaat antioksida yang terbukti mampu memberikan kesan positif pada kulit. Tapi jangan tambah gula tau!
Beras
Bijirin ini bukan sahaja menjadi makanan ruji warga Jepun, malah disebabkan sifatnya yang anti-keradangan dan anti-penuaan, ia turut dijadikan sebagai bahan utama yang digunakan dalam bidang kecantikan. Tidak hairan jika air beras kerap digunakan untuk membasuh rambut dan juga diletakkan pada kulit wajah!
Cadangan Gempak: Gunakan air rendaman beras untuk membilas rambut atau sapukan sahaja pada wajah. Selain menghilangkan bintik hitam, ia juga mampu menghalang pertumbuhan jerawat.
Diet seimbang
Pernah dengar pepatah Inggeris yang membawa maksud kamu merupakan apa yang kamu makan? Begitu juga dengan kulit. Apa yang kita makan, pasti kesannya ada kelihatan pada diri sendiri. Di Jepun, terdapat satu menu tradisional dipanggil ichijyu sansai (membawa maksud satu satu, tiga hidangan makanan) yang dianggap seimbang. Menu ini terdiri daripada diet seimbang iaitu makan bermusim, nasi dan sayuran serta jeruk yang mampu melancarkan sistem penghadaman.
Cadangan Gempak: Mula amalkan pengambilan diet seimbang yang lengkap dengan nutrisi untuk kulit yang lebih sihat dan bebas daripada sebarang masalah.
Hada Labo Hydrating Lotion
Selain ritual yang disebutkan di atas, anda juga boleh mendapatkan kulit yang sihat dan cantik dengan amalan menggunakan Hada Labo Hydrating Lotion. Dipilih sebagai produk wajib ada nombor satu di Jepun selama 16 tahun, berikut merupakan sebab Hada Labo Hydrating Lotion merupakan The Japanese Way of Beauty dan perlu ada sebagai sebahagian daripada rutin kecantikan anda.
Konsep Japanese Way of Beauty memfokuskan kepada empat bidang:
1. Penghidratan mendalam
- Dalam budaya Jepun, air melambangkan penyucian dan kehidupan. Jika tidak ada air, tidak akan ada kehidupan. Sama seperti kulit kita, penghidratan adalah penting kerana kulit yang sihat adalah kulit yang lembab. Apabila kulit lembab dan sihat, semua masalah kulit yang lain (tona kulit kusam, kulit berminyak, garis halus) tidak akan muncul dengan mudah.
- Hada Labo Hydrating Lotion merupakan losyen nombor satu di Jepun selama 16 tahun berturut-turut
- Losyen ini boleh memberikan sehingga 8 jam kelembapan
- Ia juga membantu mengimbangi minyak dan air dalam kulit, mengembalikan keserian dan meminimumkan garis halus
2. Langkah Mudah / Minimalisme
- Minimalis di Jepun merupakan konsep yang memfokuskan pada mengekalkan kehidupan yang sederhana dan bersih. Hada Labo ialah jenama penjagaan kulit Jepun yang mengikut rejim kecantikan Jepun yang ringkas namun berkesan untuk mencapai kulit semula jadi yang sihat.
- Langkah 1: Basuh. Langkah 2: Tepuk Losyen, Langkah 3: Lembapkan
- Gunakan Hada Labo Hydrating Lotion sebagai langkah pertama untuk meningkatkan penyerapan penjagaan kulit. Hal ini penting kerana kulit anda perlu dilembabkan terlebih dahulu untuk menyerap kebaikan produk pelembap lain dengan lebih berkesan.
3. Hanya Bahan Penting
- Konsep minimalis Jepun menumpukan pada kerapian yang bergantung pada barangan penting sahaja. Begitu juga dengan Hada Labo yang turut mengamalkan hal yang serupa. Justeru, tidak hairan jika Hada Labo hanya mengandungi bahan-bahan penting, tanpa bahan-bahan berbahaya seperti pewarna, pewangi, alkohol, Minyak mineral, paraben atau MIT
- Hada Labo Hydrating Lotion menggunakan pembungkusan mesra alam 10% polietilena (PE) berasaskan tumbuhan dan 90% polipropilena (PP) berasaskan petroleum - menjadikan ia boleh dikitar semula sepenuhnya.
4. Kualiti Tinggi
- Warga Jepun sering memberi perhatian kepada perincian dan komitmen penambahbaikan pada semua peringkat dalam pekerjaan. Hada Labo Hydrating Lotion mengandungi HA berkualiti tinggi dalam nisbah emas. Ia boleh melembabkan setiap lapisan kulit serta memperkuatkan perlindungan kulit untuk kulit yang lebih sihat dna cantik.
- Selain itu, ia turut mengandungi 5 jenis Asid Hyaluronik, termasuk HA Difermentasi Pertama di dunia untuk menguatkan skin barrier.
Dapatkan Hada Labo Hydrating Lotion sekarang. Untuk lebih informasi, layari hadalabo.com.my atau laman Facebook Hada Labo Malaysia.