Laman Utama

"4 Tahun Buat Content, Ini First Time Aku Tak Enjoy..." Khairul Aming Takut Kena Cancel

Maliah Surip
05/05/2021
05:20 MYT
Sponsor Banner
"4 Tahun Buat Content, Ini First Time Aku Tak Enjoy..." Khairul Aming Takut Kena Cancel
Instafamous yang cukup popular dengan perkongsian resipi masakan, Khairul Aming melahirkan kebimbangannya terhadap piawaian masyarakat kepadanya sejak akhir akhir ini.
Melalui luahan yang diciap panjang lebar di akaun Twitter miliknya, Khairul Aming mengatakan dirinya bingung dan takut 'berbuat salah' serta tidak dapat memenuhi keinginan netizen sehingga boleh kena cancel dengan mereka.
Cancel atau batal merupakan penggunaan bahasa yang digunakan sebagai perlambangan diri seseorang itu tidak dihiraukan atau 'dipangkah' netizen sekaligus tidak memberi sokongan kepadanya lagi.
"Satu satu kena cancelled dan saya teryanya bila tibanya giliran saya. Selama empat tahun buat content, ini pertama kali aku tidak enjoy buat video.
"Saya membaca banyak artikel atau thread yang memuji sampai sendiri malu dan segan nak baca. I can't live up to the expectation", tulisnya bercampur antara bahasa Inggeris dan Melayu seperti dilihat Gempak.
Khairul Aming yang memiliki lebih tiga juta pengikut di Instagramnya kerana tertarik dengan video video perkongsian memasak yang dihasilkannya juga menasihatkan agar netizen tidak terlalu memuji atau memandang tinggi seseorang kerana bimbang pada satu masa mereka akan mengecewakan.
"Saya hanya seorang lelaki yang suka buat video masak. Itu sahaja. Saya buat kesilapan setiap hari cuma orang tak tahu," luahnya lagi.
Dia juga mendedahkan dirinya mendapat cacian dan makian setiap hari daripada mereka yang tidak dapat membeli sambal miliknya, tidak membalas DM atau melakukan review product serta mengapa tidak memuat naik video mengikut ketetapan masa.
"Saya hanya seorang lelaki yang tidak boleh memenuhi kehendak 3 juta orang," luahnya.
Pernah mengaku memerlukan masa untuk diri sendiri, Khairul Aming sekali lagi menekankan dirinya akan mengambil masa rehat selepas habis berkongsikan 30 resipi sepanjang Ramadan ini.
"Jika satu hari saya kena cancel, saya redha. Saya akan tetap buat video walaupun orang dah tak tengok.
"Lepas habis 30 resipi bulan ini saya akan take a short break kejap dan akan recharge again," katanya.
Kredit: Twitter Khairul Aming
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024