Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Advertorial

5 Aktiviti Wajib Cuba Di Malaysia... Mesti Cuba, Kena Cuba! Ha, No 2 Paling Baik & Semua Orang Suka!

Kamaruddin Razal 02/09/2019 | 22:04 MYT
Bersempena dengan minggu eTravelFair yang bermula dari 2 September hingga 8 September ini, kami menyenaraikan lima aktiviti yang wajib anda cuba apabila anda bercuti-cuti di Malaysia!
Tidak kiralah pelancong dari dalam atau luar negara, Malaysia menawarkan pelbagai pilihan menarik untuk beriadah, mengembara atau menghabiskan masa lapang anda dengan aktiviti menarik.
Gempak senaraikan lima aktiviti yang wajib anda lakukan di sini:
Aktiviti Ekstrem
Kredit foto: Johornow, LangkawiSmartHoliday, VerticalAdventure, Byloka
Lakukan pelbagai aktiviti ekstrem yang dapat memacu adrenalin anda! Aktiviti seperti hiking di Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, parasailing di Pulau Langkawi, paragliding di Bukit Jugra, Banting, rock climbing di Batu Caves atau skydiving di Segamat, Johor mampu membuatkan anda mencabar kebolehan diri!
Makan, Makan, Makan!
Kredit foto: Yoy, PenangFoodie, SP Models, Miri App
Ini aktiviti yang paling digemari semua! Malaysia yang kaya dengan penduduk berbilang bangsa membuatkan pelancong tidak akan pernah buntu untuk memilih makanan mana yang harus dinikmati.
Jangan lupa rasakan sendiri kenikmatan Nasi Kandar di Pulau Pinang, Asam Pedas di Melaka, Nasi Kerabu di Kelantan, Nasi Dagang di Terengganu, Mi Kolok di Sarawak dan banyak lagi... Semuanya lazat belaka!
Menikmati Alam Semulajadi
Kredit foto: Packist, Adventoro, Pojiegrapy, MutiaraTamanNegara
Malaysia kaya dengan keindahan alam semulajadi. Terdapat pelbagai taman negara yang menawarkan keunikan tersendiri untuk pelancong datang berkunjung dan menyaksikan sendiri suasana yang aman damai serta menghijau. Jangan lupa untuk singgah di Taman Negara Malaysia yang terletak di antara sempadan tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, Taman Negara Endau-Rompin di Johor, Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang serta banyak lagi taman negeri lain di Malaysia!
Laut, Pantai & Pulau!
Kredit foto: TripSavvy, RawaIslandResort, SabahTourismBoard, Tioman.com.my
Malaysia memang terkenal dengan banyak pantai yang indah lagi bersih. Lautan yang membiru serta pasir yang memutih sememangnya menjadi pilihan ramai pelancong, tak kira dari dalam atau luar negara. Destinasi seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang di Terengganu, Pulau Tioman di Pahang, Pulau Rawa di Johor, Pulau Tiga di Sabah dan banyak lagi pulau lain menantikan kunjungan tetamu untuk bertandang!
Membeli Belah!
Kredit foto: Suria KLCC, Klook, Lipstiq, Design Village
Ini memang aktiviti wajib untuk semua orang yang sedang melancong, tak kiralah dari dalam atau luar negara! Jangan lupa untuk singgah ke puluhan pusat membeli belah yang terletak di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang anda kunjungi di serata Malaysia. Selain itu, singgah ke 'outlet' yang semestinya menyediakan barangan berjenama mewah dengan harga yang menarik! Antara 'outlet' yang terkenal ialah Johor Premium Outlet, Genting Premium Outlet dan Design Village Penang.
Jadi rancanglah percutian anda sekarang dengan mendapatkan pakej percutian Cuti-Cuti Malaysia terbaik, hanya di eTravelFair. Klik di SINI untuk info lanjut.
#Tourism Malaysia #eTF
;