5 Tahun Korban Tenaga Jaga Ketika Sakit… Wanita Ini Reda Diceraikan, Bekas Suami Pula Kahwin Lain Selepas Seminggu Berpisah
Tular di media sosial sebuah video di mana seorang wanita mendedahkan bekas suaminya, yang pernah dijaganya ketika sakit, dipercayai telah berkahwin dengan wanita lain selepas seminggu bercerai.
Bagaimanapun wanita tersebut memaklumkan bahawa dia dan lelaki itu telah pun bercerai secara baik di mahkamah pada Oktober lalu.
“Pada 6 Oktober 2024, kami sah berpisah secara baik di mahkamah dan kami tetap sama-sama menjalankan tanggungjawab untuk besarkan anak kami.
“Suami saya menjalankan tanggungjawab dengan baik dan saya juga telah buat yang terbaik untuk rumah tangga kami. Keluarga kami berdua juga memberi sokongan penuh kepada saya dan anak.
“Jodoh, rezeki, ajal maut Allah dah tetapkan dan Allah sudah tetapkan jodoh kami setakat itu.
Ini ujian untuk saya dan dia,”
Menganggap apa yang berlaku ini merupakan ujian buat mereka berdua, wanita itu meminta orang ramai agar tidak lagi mengecam bekas suaminya.
Sebelum ini menerusi hantaran bertarikh 2 Ogos 2019, Syazwani ada berkongsi perjalanannya menjaga suami selepas terlibat kemalangan pada tahun kedua mereka berumah tangga.
Akibat kemalangan tersebut, suaminya mengalami kecederaan pada bahagian kepala, paru-paru dan patah pada bahagian tulang rusuk.