Laman Utama
“5 Tahun Usahakan, Dalam Masa Sehari Je Hilang” - Nadzmi Adhwa Kecewa Akaun Instagram Perniagaan Digodam
Pelakon Nadzmi Adhwa meluahkan rasa kecewa apabila akaun Instagram perniagaan yang diusahakan sejak lima tahun lepas hilang akibat digodam manusia tidak bertanggungjawab.
Menerusi laman sosial Instagram, Nadzmi berkongsi kekecewaan tersebut untuk tatapan umum.
“5 tahun berusaha naikkan Instagram AlwadelHijab, dalam masa sehari je hilang semua kena hack dengan orang yang tak bertanggungjawab. Semoga Allah sahaja membalasnya.
“Sedih sangat macam ni. Dah la PKP, terpaksa mula semuanya dari awal. Ada hikmah Allah duga sebab sayang. Terima kasih ada bersama saya susah senang @ardellaryana,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Bukan itu sahaja, Nadzmi turut berkongsi akaun Instagram perniagaannya yang baru dibuka dan kini sudah mengumpul lebih 8,000 pengikut.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan kata-kata semangat buat Nadzmi untuk terus tabah dan berusaha untuk membangunkan akaun Instagram perniagaannya yang baharu.
“Semoga Allah ganti dengan yang lebih baik,” sokong seorang wargamaya.
“Hmm orang kalau dah dengki. Semoga dipermudahkan semua,” komen seorang wargamaya.
“Patutlah dah lama tak lalu kat IG. Semoga murah rezeki ya,” tulis seorang wargamaya.
“Aduh kesiannya. Takpe moga Allah membalas orang yang macam tu. Semoga sukses selalu,” ujar seorang wargamaya lagi.
AlwadelHijab merupakan perniagaan pakaian muslimah dan hijab yang diuruskan oleh pasangan ini.
Imbas kembali, Nadzmi dan Ardell berkahwin dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Seri Kembangan pada 1 September 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun 2020.