Laman Utama
50 Menu, Harga Serendah RM69.90! Jom Nikmati Iftar Romantis Di KL Gateway Mall
Ramadan kembali menjelma. Pastinya ramai yang tercari-cari port untuk berbuka puasa bersama keluarga atau insan tersayang.
The Hall di pusat beli-belah KL Gateway Mall antara pilihan ideal untuk menjamu selera!
Bermula 1 April hingga 16 April, Iftar@Hall 2 berbesar hati menjemput semua pengunjung untuk bersama-sama merasai pengalaman baharu dengan juadah masakan tradisi Melayu di dalam dewan yang serba indah memukau mata.
Iftar@Hall 2 menawarkan lebih 50 jenis pelbagai hidangan istimewa antaranya Nasi Putih/ Nasi Hujan Panas, Ayam Masak Merah, Daging Black Pepper, Ikan Masin Masak Lemak Nenas, Paru Goreng Sambal, Pajeri terung, Aneka Bubur, Pengat dan Kuih Muih, Buah-buahan serta pelbagai hidangan Kerabu dan Jeruk untuk semua tetamu.
Tidak kurang hebatnya menu-menu berkonsepkan stall seperti Sup Ayam/Sup Cendawan, Roti John, Murtabak, Soto, Dim-Sum dan pelbagai jenis pemanis mulut tradisional melayu dan moden.
Pilihan minuman sejuk dan panas termasuk Cendol dan tidak dilupakan hidangan istimewa Iftar@Hall 2 pada tahun ini adalah Kambing Grilled yang menjadi rebutan ramai di bulan puasa.
Kesemua hidangan ini ditawarkan melalui pakej iftar mampu milik iaitu RM69.90 bagi dewasa, RM39.90 bagi kanak-kanak (4 tahun ke bawah percuma) dan harga untuk group booking hanya RM630 (table 10 pax) untuk promosi early bird dari 1 Mac hingga 22 Mac 2023.
Manakala harga penuh selepas 1 April 2023 adalah RM79.90 (Dewasa). Murah kan?
Sebarang pertanyaan mengenai pakej berbuka puasa dan tempahan, boleh hubungi Iftar@Hall 2 di talian 012-3732003.