Laman Utama

6 Bulan Tak Stream Game Online, Jue Aziz Menangis Tersedu-Sedan - "Tak Sangka Rupa-Rupanya..."

Amri Hassan
12/06/2021
12:52 MYT
Sponsor Banner
6 Bulan Tak Stream Game Online, Jue Aziz Menangis Tersedu-Sedan - "Tak Sangka Rupa-Rupanya..."
Pelakon Jue Aziz terharu hingga menitiskan air mata ketika muncul semula secara langsung dalam sesi streaming permainan atas talian di Facebook baru-baru ini.
Menerusi kemaskini akaun media sosialnya, Jue tersentuh dengan ingatan dan sokongan pengikutnya selama bergelar streamer.
"Korang jangan risau tau, saya masih ada saya masih Jue Aziz, masih orang yang sama. Terima kasih semua followers, tak sangka ramai yang support.
"Terima kasih, minta maaf sangat lama tak muncul," katanya sambil menangis tersedu sedan.
Dalam sesi siaran langsung selama lima jam itu juga Jue sempat mengimbas semula kenangan sepanjang menstrim permainan atas talian itu.
Malah, lebih mengharukan apabila Jue membuat keputusan untuk membubarkan clan daripada permainan atas talian itu.
"Memang sedih apabila saya nak bubarkan clan saya sebab sudah enam bulan tak on stream. Layak ker saya jadi clan master? Patutkah saya bubarkan sebab saya dah tak boleh memberikan komitmen?
"Nasib baik mereka pandai berdikari dan berlatih sendiri. Bagus sangat. Keluarga kami kecil saja tapi sangat rapat.
"Saya minta maaf sangat kerana kekurangan, komitmen gagal walaupun ramai sokong. Sebelum ni full time streamer tapi perlu uruskan beberapa hal," katanya yang sudah memikirkan untuk membubarkan clan JZ sejak enam bulan lalu.
Meninjau ruangan komen di Instagramnya, ramai yang merisaukan keadaan Jue apabila berkongsi hantaran video terbabit.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar