Berita

7 Perkara Tentang Presiden Wanita Melayu Pertama Singapura, Halimah Yacob

Amri Hassan
13/09/2017
10:10 MYT
Sponsor Banner
7 Perkara Tentang Presiden Wanita Melayu Pertama Singapura, Halimah Yacob
Singapura bakal memiliki presiden wanita pertama apabila Halimah Yacob diisytiharkan sebagai presiden kelapan republik itu hari ini.
Halimah, 63, dijadualkan mengangkat sumpah di Istana esok.
Menurut laporan Bernama, Pegawai Pilihan Raya, Ng Wai Choong membuat pengisytiharan itu selepas pencalonan ditutup pada 12 tengah hari di pusat penamaan calon di Ibu Pejabat Persatuan Rakyat, Jalan Besar, Singapura di hadapan ratusan penyokong Halimah yang berpakaian berwarna oren.
Halimah diisytihar sebagai presiden selepas berjaya melalui prosiding pencalonan.
"Saya merupakan presiden untuk semua orang. Walaupun pilihan raya ini khusus, saya bukan presiden yang khusus.
"Saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura," katanya.
Jadi, kami senaraikan beberapa fakta menarik tentang Halimah Yacob.
1. Berusia 63 tahun, Halimah dilahirkan pada 23 Ogos 1954 dan anak bongsu daripada lima beradik.
2. Bapanya meninggal dunia ketika dia berusia 8 tahun dan ibunya terpaksa menjual Nasi Padang untuk menyara kehidupan. Jadi, Halimah pernah membantu ibunya melakukan pelbagai tugas sejak kecil.
3. Malah, Halimah sekeluarga pernah dihalau keluar dari rumahnya dan terpaksa menumpang bersama saudara mara terdekat.
4. Lapor The New Paper, Halimah merupakan pelajar yang akan duduk paling belakang, sentiasa tidur di dalam kelas dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Hal ini kerana Halimah terpaksa bangun seawal 5 pagi setiap hari untuk berniaga.
5. Memiliki kelulusan bidang undang-undang dari University of Singapore.
6. Halimah berkahwin dengan seorang usahawan, Mohamed Abdullah Alhabshee pada 1980. Pasangan itu terpaksa menyimpan duit selama 8 bulan demi membeli set sofa pertama ketika baru berkahwin.
7. Halimah merupakan presiden Melayu pertama Singapura sejak lebih 47 tahun.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: Bernama, Goodyfeed, MustShareNews, The Independent
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar