Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?

Izwan Isa 21/12/2023 | 14:55 MYT
Penyanyi Mariah Carey dan kekasih, Bryan Tanaka mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.
Menurut laporan PageSix, mereka berpisah kerana Mariah, 54, enggan memenuhi permintaan Bryan, 40, yang mahukan anak.
“Dia (Bryan) mahukan sebuah keluarga. Tetapi itu bukan apa yang Mariah mahukan,” kata sumber kepada portal berita itu.
Menurut sumber berbeza, Bryan juga dikatakan mahu memulakan hidupnya.
Sebelum ini, Mariah memberitahu People yang tahun 2023 merupakan tahun yang agak sukar.
Untuk rekod, Bryan merupakan penari latar Mariah sejak 2006 dan mula berpacara 10 tahun kemudian.
Mariah memiliki dua cahaya mata, Moroccan dan Monroe hasil ikatan perkahwinan dengan bekas suami, Nick Cannon.
#Mariah Carey #Bryan Tanaka
;