Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“75 Peratus Jatung Tersumbat”- Rider P-Hailing Meninggal Dunia Kerana Penat Bekerja

Gempak 18/10/2024 | 00:55 MYT

Video seorang rider p-hailing menerima sekeping RM50 secara rambang di pusat beli-belah tahun lalu tular semula, namun siapa sangka individu yang dimaksudkan iaitu Ahmad Farhan Othman, 32, pergi menghadap Ilahi pada 2 Oktober, baru-baru ini.

Suri rumah, Nursuziliana Mohd Johari, 32, berkata, pemergian suaminya amat mengejutkan kerana arwah tidak mempunyai sebarang penyakit, namun dipercayai meninggal dunia ketika sedang bekerja.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata itu, Ahmad Farhan turut mendapat pekerjaan baharu iaitu pemandu van awal September lalu, tetapi rutin menghantar makanan tetap dilakukannya demi menampung keperluan keluarga.
"Tetapi, kebelakangan ini arwah sering mengeluh dan mengadu penat. Mana tidaknya, seawal jam 7.30 pagi dia dah siapkan anak-anak kemudian pergi buat Grab sehingga 10 pagi.
"Selepas itu, kerja jadi pemandu van hantar dan angkat barang-barang berat sampai jam 5 petang, kemudian sambung buat Grab sehingga 8 malam.
"Doktor ada kata selepas postmortem, 75 peratus jantung suami dah tersumbat mungkin sebab terlalu penat bekerja,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Pada Oktober lalu, tular di media sosial memaparkan seorang pempengaruh melakukan eksperimen sosial dengan meletakkan not RM50 kepada setiap pengunjung pusat beli-belah tersebut.
Allahyarham Ahmad Farhan yang pada mulanya dilihat bingung dengan tindakan pempengaruh berkenaan, terharu apabila diberikan RM50 lantas mengucapkan terima kasih.
Video berkenaan mendapat perhatian warganet apabila tontonan mencecah 2.8 juta, 124,000 tanda suka, lebih 2,900 komen dan 3,154 perkongsian.

BERITA TRENDING: Misteri Kemunculan Ratusan Bebola Tar Di Tepi Pantai

BERITA TRENDING: Gara-gara Tidak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’, Lelaki Mengaku Tampar Teman Wanita Bayar Denda RM 800

BERITA TRENDING: Kesihatan Tun Mahathir Semakin Baik

BERITA TRENDING: Peluk, Cium Pelajar Perempuan 12 Tahun, Polis Tahan Guru Penolong Kanan

Menyifatkan arwah sebagai suami yang rajin, peramah dan bertanggungjawab, Nursuziliana memaklumkan, Ahmad Farhan disenangi ramai, malah tidak menyangka video lama itu tular kembali mungkin kerana perkongsian daripada kenalan yang merindukannya.
Tambah wanita asal Johor Bharu itu, arwah tidak meninggalkan sebarang pesanan kecuali sempat menasihatkan anak-anak supaya saling menjaga antara satu sama lain.
"Arwah ada pesan nakal macam mana pun, jaga mak dan adik-beradik. Dia paling rapat dengan anak kedua yang seiras serta salin tak tumpah macam dia.
"Saya terkilan perkara ini berlaku tiba-tiba dan memang tak percaya sebab dia masih muda. Sekarang, hanya saya besarkan anak-anak,” ujarnya.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh berbuat demikian di 7629092653 (CIMB) Nursuziliana Mohd Johari.
Sumber: Sinar Harian

#Meninggal #Dunia #Rider #Penat #Bekerja #P-Hailing #Tersumbat #jatung
;