8 Tahun 8 Biji Kek! Sambutan Birthday Anak Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana Curi Tumpuan
Anak kepada pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana mencuri tumpuan wargamaya apabila menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelapan dengan lapan biji kek.
Menerusi muat naik di Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, berkongsi momen-momen bersama anak perempuannya itu untuk tatapan umum.
“8 tahun 8 kek, Aaisyah Dhia Rana’s Birthday Party,” kongsi Che Ta ringkas pada kapsyen.
Antara kek yang dilihat adalah kek dengan hiasan bunga ros, kek dua tingkat, kek dengan hiasan rantai mutiara, kek dengan hiasan mahkota dan banyak lagi.
Dalam pada itu, majlis yang diadakan di sebuah resort di sekitar ibu negara itu, memperlihatkan Aaisyah cukup cute mengenakan blouse ropol bewarna merah jambu dan skirt pendek bewarna emas.
Sementara itu, turut dilihat rakan-rakan terdekat Che Ta dan kenalan rapat anaknya yang hadir bagi memeriahkan sambutan berkenaan.
Menjengah ke ruangan balas, beberapa rakan artis dan wargamaya memberikan pelbagai respon terhadap lapan biji kek yang disediakan itu selain mengirimkan ucapan selamat ulang tahun kepada Aaisyah.
“Masya-Allah, Nanti 18 tahun 18 biji kek ke? Happy Birthday Aaisyah,” seloroh Mira Filzah
“Happy Birthday baby girl,” ujar Thanuja.
“Banyak kek Aaisyah, nak sikit boleh? Hehe. Happy Birthday!,” komen seorang wargamaya.
Terdahulu, Che Ta memaklumkan anaknya itu disahkan positif Covid-19 dan terpaksa menangguhkan sambutan ulang tahun kelahiran yang dirancang.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini