Hollywood
8 Teori Netizen Konspirasi Kematian Naya Rivera
Naya Rivera, bintang siri televisyen Glee yang ditemui lemas ketika berenang di Tasik Piru, Selatan California, Amerika Syarikat pada 12 Julai lalu.
Mayat Rivera, 33, ditemui kebetulan pada tarikh yang sama dengan kematian aktor siri Glee, Cory Monteith tujuh tahun lalu.
Biarpun pihak berkuasa telah mengesahkan kematian Rivera disebabkan kemalangan namun masih ada netizen yang terus membuat spekulasi konspirasi kematian pelakon itu.
1. Berjalan tinggalkan anak
Menerusi footage yang dikongsikan pihak berkuasa, Rivera kelihatan berjalan di hadapan anaknya, Josey.
Ramai yang beranggapan, tindak-tanduk Rivera itu pelik dan mustahil bagi seorang ibu meninggalkan anak kecilnya di belakang.
Namun, ada yang menganggap itu perkara normal bagi sesetengah ibu bapa.
2. Baju hitam bertukar putih
Keluar dari kenderaannya yang diparkir senget, Rivera berbaju hitam dan berseluar putih.
Namun, setibanya di jeti, Rivera dan anaknya lesap dalam beberapa ketika kemudian kembali meneruskan perjalanan dengan menyarung baju putih dan berseluar hitam.
3. Laporan media keluar awaltw conspiracy, naya thingsy’all.... i’m starting to think there’s more to this than we thought. oh and also, a side note- a mother would NEVER walk in front of her child like that. something is not adding up here pic.twitter.com/HPiIBe1svD— hannah ᵇˡᵐ (@foolsludd) July 12, 2020
Menerusi laporan media sebuah portal hiburan antarabangsa, Rivera dilaporkan hilang pada 3 Julai sedangkan dia memuat naik foto bersama-sama anaknya pada 7 Julai.
Bermakna, portal itu sudah terlebih dahulu tahu bahawa Rivera akan hilang?I hate conspiracy theories but can someone explain how & why entertainment weekly reported Naya Rivera missing four days before she actually went missing pic.twitter.com/aWOPY4qhrt— ❂ Yübbîę Umoh ❂ (@Yubbie007) July 13, 2020
4. Tinggal telefon dalam kereta tapi ada update
Rivera dilaporkan meninggalkan telefon bimbitnya di dalam kenderaan sebelum menaiki bot ke tasik tersebut.
Bagaimanapun, Rivera sempat berhubung dengan keluarganya menerusi aplikasi Facetime ketika di dalam bot.
Namun, ada yang berandaian bahawa Rivera punyai telefon bimbit lain khusus untuk berhubung dengan keluarga semata-mata.
5. Cepatnya cari bot hilang
37 minit lewat memulangkan bot yang disewa Rivera, laporan individu hilang telah dibuat oleh syarikat pengendali perkhidmatan terbabit.
6. Piru bermakna syaitan
Dalam bahasa Finnish, Piru bermaksu syaitan dan angka 33 merupakan darjat tertinggi dalam freemason untuk dikorbankan.
Jadi, ada yang mengandaikan Rivera merupakan salah seorang mangsa korban 'iluminati'.
7. Tikar Kenai River 33i don’t want to turn this into a conspiracy but was naya rivera a sacrifice?everything is connected.•she was 33 when she died.•33 is the highest degree in freemasonry and a favourite illuminati sacrifice age.•The lake in which she died “Piru” is “devil” in Finnish pic.twitter.com/l3qzLJhBCJ— ??? (@_KlRlE) July 14, 2020
Ada juga yang mengaitkan kematian Rivera dengan produk tikar yang dinamakan Kenai River 33 bersaiz 19.38 inci.
Rivera berusia 33 dan 1938 batu persegi merupakan ukuran keluasan Tasik Piru.
Harga asalnya bernilai 29.99 AS$ namun tiba-tiba melonjak menjadi 1,121,987 AS$ (dengan mengambil kira tahun 1987 pada empat digit akhir harga tersebut).
Difahamkan, ada pihak yang telah mengubah fakta harga terbabit atas tujuan tidak bertanggungjawab.Weird coincidence pic.twitter.com/8kQTlobd9e— Boo_ga_loo*barbie (@battlebarbie45) July 14, 2020
8. Just the Two of Us
Just the two of us merupakan kapsyen terakhir Rivera di media sosialnya, kebetulan sama dengan lirik lagu Eminem, Just The Two Of Us.
Lagu tersebut menceritakan kisah tragis yang terjadi kepada sebuah keluarga yang bersama-sama ke tasik.
Lirik nyanyian asal 97 Bonnie and Clyde itu juga ditafsirkan punyai maksud wanita (ibu) kepada keluarga tersebut mati lemas dalam tasik.
Ramai yang mengkritik lirik penyanyi rap itu yang dianggap kontroversi dan gelap.
Walau apapun pandangan dan pemahaman netizen atau peminat setia Rivera akan tragedi yang menimpa, usahlah keterlaluan. Mungkin ia sekadar satu kebetulan.Someone should look into this... pic.twitter.com/eXcA6M5E6Z— Kira Cook (@MeowImKira) July 9, 2020
Hormati keluarga Rivera yang kini sedang berdukacita atas kehilangan puteri mereka.
Rest in peace, Naya Rivera.
Sumber: HITC, Twitter, YouTube
Must-Watch Video