Berita
9 Mei Hari Mengundi
Hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-14, yang ditunggu-tunggu sekian lama, jatuh pada Rabu, 9 Mei depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah di pejabatnya di Putrajaya sebentar tadi.
Dalam pengumumannya hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan tarikh penamaan calon pula pada 28 April ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari.
Dua tarikh penting ini menjadi tanda tanya semua, bukan sahaja untuk memilih calon bertanding tetapi juga mengatur kehidupan peribadi.
Sumber: The Malay Mail Online