Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Aamir Khan Tak Bercakap Dengan Juhi Chawla Hampir Tujuh Tahun! Hubungan Makin Baik Selepas...

Asraf Aided 16/03/2021 | 04:40 MYT
Mungkin ramai yang tidak tahu dua bintang terkenal Bollywood, Aamir Khan dan Juhi Chawla pernah tidak bertegur sapa selama hampir tujuh tahun.
Menurut Aamir, pergaduhan itu berlaku hanya disebabkan perkara kecil sahaja.
"Ketika penggambaran filem Ishq, kami bergaduh disebabkan perkara kecil, pada masa yang sama, saya pun ego ketika itu.
"Jadi, saya buat keputusan untuk tidak bercakap dengannya lagi, kalau di set penggambaran pun, saya akan jauhkan diri dari Juhi, tak tahu lah kenapa saya begitu.
"Kadang-kadang dia ada datang duduk berdekatan saya, tetapi saya terus lari apabila menyedarinya," kata Aamir.
Dalam pada itu, Aamir juga mengatakan dia hanya bercakap dengann Juhi ketika sama-sama terlibat dalam kerja secara profesional.
"Ada beberapa babak memerlukan kami bercakap, jadi saya akan bercakap dengannya secara profesional sahaja ketika itu," katanya lagi.
Walaubagaimanapun, persahabatan dua bintang kegemaran ramai ini semakin baik selepas penceraian Aamir dengan bekas isterinya, Reena Dutta pada 2002.
"Kami tidak bercakap selama hampir tujuh tahun selepas penggambaran filem itu, kemudian apabila Juhi tahu tentang penceraian saya, dia ada menghubungi saya.
"Dia telefon saya dan ajak berjumpa, Juhi rapat dengan saya dan Reena, jadi dia mahu tahu apa yang berlaku.
"Juhi tahu yang saya mungkin tak angkat telefon waktu itu, tetapi dia tetap hubungi saya," katanya.
Kata Amir, perkara itu telah membuatkan dia berasa tersentuh dan menyedari tentang kekuatan persahabatannya bersama aktres tersebut.
"Perkara itu telah menyentuh hati saya, saya tahu persahabatan kami tidak terkesan dengan apa yang berlaku.
"Kami mungkin tidak bercakap usebelum ini, tetapi sebenarnya kami masih mengambil tahu dan menjaga sesama sendiri," tuturnya lagi.
Sumber : Hindustan Times
Kredit Foto : The Indian Express
;