Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Aaron Aziz Buat Cabaran Surah Al-Mulk; “Siapa Hafal & Baca Sedap Dapat RM500…”

Shahrin Zulkifle 22/01/2023 | 02:00 MYT

Pelakon Datuk Aaron Aziz mengajak orang ramai untuk menyertai cabaran menghafal surah Al-Mulk secara atas talian.

Kata Aaron, cabaran tersebut merupakan salah satu persediaan yang akan membantu umat Islam di alam kematian.

Malah dia turut memaklumkan, pemenang cabaran berkenaan bakal menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM 500.

“Abang (Aaron) nak buat satu challenge yang akan bantu kita di alam barzakh (kematian) , iaitu Al-Mulk challenge.

“Nanti saya akan bagitahu ye cabaran ini, soon.

“Siapa dapat hafal dan baca paling sedap saya bagi RM500,” kongsinya menerusi satu hantaran di laman TikTok.

undefined

Bagaimanapun, jelas ayah kepada tiga cahaya mata itu, cabaran tersebut hanya dibenarkan kepada mereka yang datangnya daripada bukan kalangan al-Hafiz.

“Tapi ini hanya untuk orang biasa macam saya. yang dah hafiz al-Quran tak boleh lah sebab confirm korang hebat.

“Saya hanya buka kepada orang yang tak pandai mengaji macam saya. Saya akan mulakan dulu, yang lain boleh post dan tag saya dekat TikTok, Instagram dan Facebook,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata rata wargamaya memuji sikap Aaron selain dapat mengajak orang ramai mendekatkan diri kepada Allah.

“Terbaik bang, Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan buat cabaran ini,” kata seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, semoga ramai yang akan sahut cabaran dan sama-sama kita dapat hafal Al-Mulk,” ujar seorang netizen.

“Mantap bang, semoga usaha baik ini jadi asbab lebih ramai orang baca Al-Mulk,” kata seorang warganet.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Aaron Aziz #Mati #Hafal Al Mulk
;