Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Aaron Aziz Kesal Dengan Blog Sebar Berita Sudah ‘Meninggal Dunia’ - “Tolong La Fikir Cara Lain Nak…”

Asyikin Mayudin 21/05/2023 | 08:55 MYT

Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir blog yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya sudah meninggal dunia.

Mohon pihak terbabit menukar cara untuk mempromosi blog, Aaron menerusi laman Instagram miliknya memberitahu, ini bukan kali pertama berita palsu sebegitu tersebar di laman sosial.

“Kalau tak baca betul-betul nampak macam kali kedua saya di ‘meninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini. Kali ketiga saya difitnah tahun ni. Apa masalah orang-orang ni eh?

“Atau you thinks it’s funny? Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolong la fikir cara lain nak promote site anda,” tegas Aaron.

Menerusi perkongsian itu, Aaron turut memuat naik keratan foto dari portal yang menyebarkan berita kematiannya dengan tajuk 'Innalilahi, khabar pilu dari pelakon popular Aaron Aziz hari ini telah meninggal dunia'.

Rata-rata netizen turut berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak blog yang dianggap seperti ‘sampah’ dan gemar menyebarkan fitnah semata-mata inginkan perhatian.

“Page sampah. Semata-mata nak like, view untuk blog semata. Akhirat diorang tak fikir dah.

“Ini jenis orang yang letak otak kat buku lali... dari kecil sampai besar bongok simpan la sikit untuk anak cucu kau nanti.

“Page sekarang cara buat headline semakin kurang bijak, nak cari publisiti murahan dengan buat headline berunsur fitnah,” komen beberapa netizen.

#Aaron Aziz #Aaron #Aaron berita palsu #Aaron blog #Aaron meninggal dunia
;